Tips Memilih Warna Kereta Untuk Dibeli. Tips untuk yang Keliru.

12:23:00 PG 5 Comments
Tips memilih warna kereta yang sesuai. Teringat dulu waktu aku mula-mula bekerja. Pergh. Pening wei nak buat pilihan. Pertamanya, confuse nak beli kereta apa, kalau ikutkan hati nak beli je yang paling maximum kita boleh bayar bulan-bulan. Last-last atas nasihat orang ramai kita pun pilih kereta mampu milik. 
tips pilih warna kereta










Dah tahu kereta mampu milik. Kita pening pulak nak type ada. Standard ke atau advance. Dah tahu type apa. Aduh lagi pening. Pilih warna. Takut nanti menyesal pilih salah warna. Dibawah ini aku kongsikan tips mem
ilih warna kereta. 

1. Pilihlah Warna Kegemaran. 
Selalunya, orang akan pilih warna kegemaran. Aku? Aku walaupun minat warna biru, aku tak adalah nak terus ambik warna biru. Aku akan pilih warna kegemaran kedua mahupun ketiga. Asalkan color tu warna kegemaran kita. Yang nak pakai kereta tu kita. Jadi? Pilihlah warna yang sesuai dengan jiwa kita. 

2. Tengok Warna Kereta tu Bila dah Dimodified. 
Kadang-kadang confuse jugak. Eh putih lawa, hitam pun lawa, silver boleh tahan. So? Cuba search facebook atau google. Kereta korang nak beli tu dalam warna yang korang nak beli. Contohnya black bezza modified dan white bezza modified. Tengok, mana yang lebih lawa bila modified. Dalam kes aku, masih gak rambang. So kalau dah rambang, better pilih hitam. Warna selamat. Haha.



3. Long Term Effect atau Kesan Jangka Panjang. 
Fikir juga long term effect dia. Kalau pilih kereta hitam, memang panas sebab serap haba. So kalau tak nak panas, kena pakai tinted yang berkualiti habis lah. Paling murah pun rm600. Kalau ada rezeki lebih memang aku nak pakai. 

Tu kalau hitam. Kalau yang pilih colour putih pulak. Kena rajin jaga kereta tersebut. Kalau tak jaga, tak basuh selalu, mulahlah kereta itu menguning. 

Untuk color lain pulak seperti merah, silver mahupun biru. Kena rajin jaga juga. Kalau tak, color mudah faded ataupun pudar. 


Jadi, selamat memilih warna kereta. Nanti jangan menyesal tak sudah ye. 

Tips Buat Duit Lebih Atau Side Income 2019

10:51:00 PTG 2 Comments
Tips Buat Duit Lebih Atau Side Income 2019  Tips ini buat duit dengan handphone pun boleh kata orang. Anda kebanyakkan tips ini buat dari rumah pun boleh. Zaman sekarang ini, ramai yang tak boleh duduk dia. Kalau duduk diam, macam mana nak buat duit lebih untuk simpanan. Duit gaji bulanan pun cukup-cukup makan. Jadi disini aku nak share beberapa tips untuk mendapat duit lebih. 

Tips Buat Duit Lebih Atau Side Income 2019


1. GRAB. 
Ya ramai yang sudah tahu dengan GRAB anda boleh jana duit. Macam mana nak daftar grab? Seach je online cara untuk daftar grab. Daripada anda bayar saja saja bulanan kereta anda. Baik anda jadikan kereta anda untuk buat GRAB. Tiada masa? Hujung minggu kan ada. Lagi-lagi yang duduk area bandar tu. Pemintaan GRAB sangat tinggi. 



P.s Dalam anda driving GRAB tu, ape kata anda promote barang business korang tu seperti mini pendrive, perfume dan lain-lain. Kalau tak, letak je pamplet kat area seat penumpang belakang. Kalau dia boring-boring ada lah dia baca pamplet mengenai barang business korang tu. 


2. Menjadi Seorang Blogger. 
Menjadi seorang blogger ni kena kental sikit. Jangan menaip sikit je, orang tak baca terus nak sentap. Huhu. Aku mengata diri sendiri. Dunia blog ini sangat luas. Bila kau tak banyak ilmu, tak pandai manage masa, blog kau akan kelaut. Even aku sendiri pun kelaut. Itu maksudnya, aku tak berdisiplin dalam dunia blog ini. 

Menjadi seorang blogger ini korang kena creative dan perlu banyak membaca. The more you read the more idea you can share with people. Tak gitu? 

Bila blog korang dah banyak pageview ramai pelanggan datang bertandang. Maka datanglah syarikat gergasi seperti lazada, zalora, dan sewaktunya dengan nya berminat untuk beriklan di blog anda. Sudah terjadi di blog aku ini. 


3. Buat Business Online. 
Ini aku selalu terfikir nak buat. Tapi masa tiada. Jadi aku letak juga dalam ini. Nak dapatkan supplier? Dalam lazada berlambak supplier. Korang just tanya dengan seller tu kalau korang nak beli secara pukal dapat diskaun tak. Bila dah dapat diskaun, korang jual lah barang-barang yang korang dapat harga murah tu kepada rakan-rakan sekerja, mahupun rakan-rakan di facebook. 

Contoh, mini pendrive dalam lazada RM10. Kalau beli secara pukal dapat RM8 contohnya. Beli 10unit dan postage pun sekali harung RM3 je untuk 10 unit tu. So modal RM8x10=80RM tambah postage RM83 semuanya. 

So jual kat member-member atau follower dekat instagram RM15 free postage. Postage pun dalam RM3. RM15-(modal 8rm+rm3 postage) = So untung dapat roughly RM4.  RM4x10=RM40. 

Tu kalau postage. Kalau kawan-kawan sekerja atau university yang beli. Terus dapat RM4+RM3=RM7.  7x10=RM70 untung bersih. 

Itu contoh sahaja untuk yang baru bermula berjinak business ini. 


4. Sewa Bilik dalam Rumah. 
So, korang dah ada rumah. Tapi anda kena stay dekat rumah tu sebab anda perlukan tempat diam. Jika anda masih bujang. Apa kata sewakan bilik yang kosong tu kepada orang. Katakan satu bilik korang sewa RM200 sekepala. Maximun 2 orang dalam satu bilik. Korang ada 3 bilik dalam rumah korang. Bilik masteroom korang duduk. Bilik 2 lagi tu korang sewa. 2 bilik korang dah dapat 800RM jika ada 4 orang penyewa.


Banyak lagi cara untuk cari duit lebih atau side income ini. Tapi aku masih belum mencuba. Lain-lain side income yang korang boleh cuba ialah. 

1. Tukang review di instagram. 
2. Letak iklan di kereta. Sanggup ke? 
3. Buat video di youtube. Ni aku tengah usahkan. Just belum ada idea. 
4. Ambik upah buat research atau assignment budak U. 

Jika anda ada idea lain untuk jana income dari rumah sahaja. Mohon di share di ruangan comment dibawah. :D


Aircooler Sejuk Macam Portable Aircond ke?

12:19:00 PG 1 Comment
Sejukkan bilik dengan aircooler. Aircooler Sejuk Macam Portable Aircond ke?  Soalan yang selalu bermain dikepala. Waktu mula-mula bekerja. Ada bilik sendiri. Mesti nak beli macam-macam kelengkapan bilik tempat kita diam. Macam aku ini selalu berpindah randah. Jadi it a must to buy something that ease me to move from one place to another. Seperti tv aku akan beli yang size sederhana. Dan juga aircooler. Aku dulu ingatkan aircooler ini angin yang keluar sesejuk air di bilik mandi. Tapi? Hampeh. 


Tiadalah hampeh. Tapi just tak seperti yang aku bayangkan. Macam kat kedai mamak tu kan ada kipas angin yang keluar wap air tu. Itulah expectation aku. Tapi bolehlah. Diwaktu kepanasan hangat cuaca. Aku boleh buka aircooler ini untuk menyejukkan bilik. Fungsi aircooler ini just nak membasahi udara dalam bilik ja. Dia tak menyejukkan macam aircon. 

So udara dalam bilik panas. Buka je aircooler ini. Boleh menambah air dalam udara so udara lebih nyaman dan sejuk. Selalunya kalau panas, aku akan bukak aircooler ini dan direct kena ke badan aku. Sejuk wei. 

So kepada anda di luar sana yang masih keliru. Sama ke aircooler dengan portable aircon. Tidak sama sekali ya. Kedai senheng siap warning aku lagi yang aircooler ini tak sejuk mana pun nanti jangan bagi balik kat kami once dah beli haha. 

Aircooler ini dia pakai air. Kita kena refill atau tambah air sentiasa bila bekas air dia dah kering. Untuk udara yang lebih nyaman boleh letak ais cube. Tapi selalunya aircooler ini didatangi dengan 2 bottle of magic liquid apa entah. Letak je dalam peti ais bottle tu. Dah beku, letak dalam bekas aircooler. 



Untuk portable aircond ini. Macam aircond juga. Harga dia dalam Rm800 macam itu. Ikut berapa HP. Untuk bilik kecil boleh ambik 1.0HP je kot. Jimat tenaga elektrik. Untuk portable aircond ini macam aircond dinding itu. Kena buat horse atau getah paip untuk mengeluarkan haba panas keluar dari portable aircond itu. 

Tips Jimat Minyak Kereta 2019 | Campur Ron95 dan Ron97

12:04:00 PG Add Comment
Jimat Minyak Kereta dengan Campuran Minyak Ron95 dan Ron97. Aku dah lamak praktikan hal ini. Orang kata takut kereta rosak. Tapi apa sebab dia rosak? Minyak sama sahaja, just additive dia saja lain-lain. Aku ini seorang pengembara juga lah. Selalu begerak satu destinasi yang jauh. So, sambil-sambil aku makan angin memandu jauh-jauh. Aku pun buat uji kaji. 



Uji kaji yang aku buat ialah. Dengan mencampur minyak ron95 kuning dengan ron97 hijau.  Eh orang kata ron97 lebih bagus dan lebih save minyak. Eh minyak ron95 lah save jimat lagi. So aku dah buat 3 kajian. Iaitu dengan mengisi full tank ron95, full tank ron97 dan campuran ron95 dan 97. So dibawah ini aku share result dia.  



Ini adalah result untuk penggunaan minyak ron95 RM30. Berapa km dia boleh pergi? Oh ya uji kaji ini aku guna perodua bezza. Dia boleh pergi 185.4km. So kalau full tank RM50. Boleh pergi  dalam 250KM. Alamak untuk result ron95 ini bias sikit sebab saya tak buat full tank. hihi. 




Untuk RON97 full tank pulak RM50. Tak jauh pun boleh pergi. Boleh pergi sampai 228.1KM Sahaja. 



Dan ini adalah result untuk campuran Ron95 dan Ron97. Iaitu RM30 untuk Ron95 dan Rm20 untuk Ron97. Result dia ialah 305KM. Jauh tu kan dia dapat pergi. 




P.s Sampai sekarang saya masih amalkan campuran 2 minyak ini Kereta boleh pergi jauh. Untuk side effect. Aku tak pasti ada ke tak. Sebab aku memang ada baca-baca juga pasal minyak-minyak ni dekat google. Ada yang cakap tiada masalah. Dan ramai yang mengunakan teknik ini dan tiada masalah pada kereta mereka. Anda boleh try sendiri. dan google juga elok ke kalau campur minyak ron95 dan ron97.

5 Sebab Bestnya Memiliki Perodua Bezza

11:37:00 PTG Add Comment
Sebab Aku Perlu Beli Kereta Bezza. Teringat waktu aku mula-malu masuk alam pekerjaan. Aku dilema gila nak beli kereta apa. Untuk pekerja yang baru seperti aku kena lah bijak mengatur duit. Aku tahu jiwa muda aku ini perlukan hiburan. Jadi duit diperlukan sangat-sangat. Di bawah ini aku akan ceritakan 5 sebab best memiliki perodua bezza ini. 


1. Save Minyak Kaw-2/ Jimat Minyak. 
Seperti yang anda sedia maklum, kereta perodua memang lah save minyak. Tapi bezza ini sumpah berbaloi. Dah lah badan dia besar gedabak camtu tapi boleh juga save minyak. Seriously? Yes. Aku akuinya. Berbeza dengan kereta keluaran lain seperti Vios, City memang berasa sikitlah penggunaan minyak dia. 

2. Boleh tahan laju. 
Memang lah laju. Boleh je pergi 180kmh. Aku selalu lenjan kereta bezza aku sampai 180kmh. Tapi bahaya jugak. Rasa nak terbang jugak. Kereta ini tak padan untuk bawak laju. Bawak santai-santai ok lagi. Kelajuan ok untuk bezza ini ialah bawah 140KmH kot. 

3. Ruang Yang Besar. 
Semestinya. Ini sebab aku terus jatuh cintah. Rupa macam kecik tapi besar. Ruang letak bagasi atau bonet dia. Aduh memang memuaskan hati. Bayar murah tapi dapat benda yang sangat berpatutan. Bila nak pindah tempat kerja? Bezza? Tiada masalah. Rumah begerakku.

4. Design Yang Lawa. 
Ikut citarasa masing-masing. Bagi aku design bezza ini lawa. Comel. Tapi aku lebih minat design axia sebenarnya. Akan tetapi bonet bezza besar. Tanpa befikir panjang aku terus beli bezza. 

Nak modified sikit kereta tu. Tak makan banyak mana duit. Kalau rasa macam nak bagi lawa sikit kereta tu. Tambahlah body kit. Dalam Rm700 camtu dah lawak. Rim pula tunggu dapat bonus baru tukar rim yang selesa sikit. Senang nak lenjan di highway. Laju-laju nak kemana? 

5. Maintainance murah. 
Ini lah yang paling best. Dikala rakan-rakan seperjuangan tengah kusut fikir mana nak cari duit lebih untuk pelihara* kereta mahal aku ini. Tidak untuk aku. 

Untuk service kereta aku bezza aku. Aku hanya senyum sahaja. Service pun bajet below RM300. Baru-baru ini aku service 10,000KM baru RM170 macam tu. 

Bayar bulan pulak RM540. Senyum banyak lah. Lepas tu bila tiba birhtday kereta, bayar insurance dan roadtax. Below RM1.5K. 

Jadi. Kepada anda-anda yang dilemma untuk membeli kereta first car. Tak rugi memilih untuk memiliki kereta bezza. Bila pendapatan dah stabil nanti upgrade lah ke Audi. Haha. Tapi selalunya orang bila dah stabil dia makin jatuh cinta kat first car dia sebab dah selesa. Malas nak pening kepala. 

Itu sahaja bebelan aku pada malam ini. 

3 Tips Terus Bersemangat Berblogging

8:22:00 PG 1 Comment
Adakah anda pernah mengalami masalah mood berblogging ke laut cina selatan? Saya selalu menghadapinya. Sebab tak nak berblogging atas faktor busy dengan kerjaya, hampa tiada pembaca dan pengomen tegar terus malas nak berlogging. Itu Semua alasan sahaja. Naikkan semangat berblogging anda dengan 3 cara saya amalkan. P/s kadang-kadang saya kelaut cina selatan juga.



1. Matlamat yang jelas. 
Wow berblogging pun perlu matlamat yang jelas. Haha. Kena lah wei. Setiap pagi korang godek balik matlamat berblogging korang. Bila tengok terus korang bersemangat balik nak berblogging. Antara matlamat yang anda boleh guna ialah: 

i. Nak pageviews naik 1k untuk bulan ini. Next month 2k dan seterusnya. 
ii. Nak update blog sehari at least 2 posts, 3 posts, dan 4 posts. 
iii. Nak target 1k follower bulan ini. 

Ikutlah matlamat apa yang akan membuat korang termotivasi. Duit? Blog Review mahupun blog famous. eherm. 


2. Buat Group Whatsapp Blog. 
Wei apa gila buat group semak do. Wei, ni group ada hang ja dalam group tu bertajuk contoh Amerjaya Blog. Dalam group tu, bila kau ada idea tapi kau masih bekerja atau belum dapat focus berblog. Kau tulis atau jot down idea kau tu dalam whatsapp blog. Contoh: 

Tips untuk duit tepi: 
i. Setiap orang nak aku tolong kena bayar. 
ii. Orang tumpang kereta aku kena bayar keta sekian. 
iii. Tolong buat assignment lepas tu charge dia harga yahudi. 

Nanti bila dah ada masa, on laptop, buatlah karangan penuh untuk idea kau kat atas tu. 

3. Ada ruangan berblog sendiri. 
Dalam bilik wajib kena ada ruang berblog sendiri. Ruang khas. Dekat dinding printkan post kau yang meletup tu dan tampal kat dinding. Tampalkan kata-kata semangat untuk terus berblogging. Kalau nak gempak lagi beli Pc khas untuk berblogging. Berapa je harga pc satu set. Dalam Rm400 below macam itu. Tak perlu beli i5 mahupun keatas. Beli biasa-biasa sahaja macam duolcore. 

Oh ya, selalunya kan, faktor orang malas berblogging juga malas nak cari gambar untuk letak dalam blog. Apa susah? Ambik je dari laman web free share gambar. Laman web tu mengalu ngalukan anda guna gambar tu tanpa citation or letak kredit. Contoh laman web free usage of image is Pixabay.com. 

Good Luck. 

Banyak manfaat berblogging ini. Akan ku kupaskan ke next entry. Kenapa orang suka berblogging. Stay tune. 

Tips Cari Rumah Murah Untuk Permula 2019

10:49:00 PTG Add Comment
P/s ini adalah tips biasa-biasa sahaja. Tapi dari cara ini at least ada idea untuk mencari rumah murah. Jum kerja hartanah. Kita buat dia sampai jadi. Sebelum mencari hartanah, makesure duit 10% deposit rumah ada ya untuk memudahkan urusan jual beli rumah. 



1. Facebook. 
Yes memang banyak orang berjaya membeli rumah murah di facebook. Dengan menggunakan facebook markets. Dengan adanya facebook market anda lebih mudah berurusan dengan agent menjual rumah tersebut. Selain itu, bila kita dah dapat ramai nombor agent, show them that we afford to buy their product. Nanti-nanti dorang akan promote kita rumah mampu milik yang mereka ada kepada kita. Selain itu, time urusan jual beli tu, tanya lah agent tu ada rumah-rumah lain yang on sale tak berdekatan dengan tempat yang kita nak beli tu. 

2. Mudah.my 
Tempat yang selalu kita guna untuk mencari rumah-rumah untuk dijual. So sama sahaja macam facebook. Just saya lebih prefer untuk cari dekat facebook. Mudah. Kita boleh contact terus mengguna facebook messenger. 

3. Jalan-jalan cari makan. 
Tidak dinafikan, ada orang beli rumah dengan melakukan site visit. P/s cara ini bahaya sikit mungkin nampak macam pencuri nak survey rumah. haha. Tapi ini adalah cara kenalan aku buat. Dia pergi lorong ke lorong dengan cari sign House For Sale. Selalunya lah kita akan terus berurusan dengan owner rumah itu sendiri tanpa melalui agent. Dengan melalui owner rumah semestinya harga rumah akan lebih murah dan below market. 


Itu sahaja lah cara permula untuk mencari rumah untuk dibeli. Banyak lagi caranya. Dekat facebook banyak mengajar caranya. Kalau rajin pergi ke kelas hartanah, memang korang akan lebih terdedah dekat area mana senang nak cari rumah untuk dibeli.  Kalau ada tips lain, bolehlah share di ruang comment di bawah ya. 


Cara dan Tips Menabung atau Simpan Duit 2019 Bagi Yang Susah Nak Menabung.

10:25:00 PTG 2 Comments
Perlukah cara menabung 2019 tu? Haha. Ok aku nak buat short and sharp entry pasal menabung. Semua sedia maklum bertapa pentingnya menabung ini akan tetapi masih juga tak percaya penting nya ada wang simpanan ini. Eh apa beza simpanan dan tabung? Eh merepek. 



Kebanyakkan artikel mahupun buku aku baca pasal menyimpan duit ini lebih kurang sama sahaja. Pokok pangkal nye dekat kita. Kita ni kalau tiada kesedaran menabung kau bagi lah gaji besar mana, kau baca lah artikel banyak mana. Masih juga sama habis dibelanja nye duit untuk berboros. 

Cara simpanan aku ini mungkin macam regime zionis sikit. Tetapi untuk masa hadapan. Ok jum kita ke tips untuk  menabung atau simpan duit. 


1. Matlamat kena jelas. 
Hoi. Tak kan nak menabung saja-saja. Set matlamat. Kau menyimpan untuk apa. Makesure jangan banyak sangat matlamat nanti kau pening. Haha. Buat tabung. Tak kesah lah tabung dia khayalan dunia impian.  Terpulanglah nak transfer duit gaji atau duit ptptn tu ke tabung haji ke or ke saving bank lain. 

Antara matlamat boleh pakai:
- Menabung untuk kumpul 10% duit beli rumah. 
- In case of emergency. 

Dua je kan aku list. Kepada graduan yang baru bekerja tu. Save lah gaji anda. Jangan buat dosa kewangan seperti. Alah next year lah aku mula saving. Aku baru masuk kerja ni masa ni lah nak enjoy. Pak hang. Nanti menyesal tak sudah. Baca buku hipster hartanah wah best nye budak ni beli rumah. Aku nak beli rumah.Survet rumah ada rumah murah, pi bank nak buat loan tak lepas takde 10% downpayment untuk rumah. Haaa kan melepas. Simpan wei. 

P/s Katakan rumah teres belakang rumah kau RM150,000. So? 10% kau kena ada Rm15,000 je. Kalau ada simpanan kan senang , beli dan sewa. 


2. Buat Loan ASB. 
Talking about ASB. Ramai dah facepalm. Takde ilmu pasal ASB? Aku dulu pun takde. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak ke bank. Belajar pasal selok-belok ASB.  Kau nak ke tak nak? Aku tak ajar ASB kat sini. Dekat FB bersepah orang ajar pasal mencarum di ASB. So bila dah buat loan asb. Automatik gaji kita dipotong setiap bulan. Ikut berapa ribu loan asb korang buat. The more the merrier. Ini simpanan paksa kata orang. 

3. Asing siap-siap Simpanan dan Perbelanjaan. 
Gaji masuk je. Asing siap-siap berapa kau nak saving. Ikut kemampuan. Selalu orang suruh simpan 20% dari gaji. Ape kata kau guna cara kau simpan 30%?. 

Asing siap-siap. Berapa RM nak bagi kat family, berapa RM bayar kereta, api air, kediaman dan lain-lain. Duit saving letak asing ke account lain. Takut nanti terbelanja duit tu. Makesure simpanan tu jangan sesekali dicampur dalam satu account. Tu akan membuatkan kita rasa macam eh banyak nya duit aku. Meh shopping. Padahal yang kena belanja tu duit saving. Alahai. 


4. Sekat NAFSU. 
Nafsu memang banyak kena lawan. Nafsu shopping, masa ni nak hadiahkan diri sendiri, wei hadiah pak hang, dah bertimbun baju dalam almari tak nak pakai pulak. Kasut dah boleh bagi pak cik lipan pakai dah. So stop shopping, fikir perlu ke tak aku beli. 

Sekarang ni aku sekat nafsu aku untuk membeli tv untuk letak dalam bilik aku duduk ni. Ye lah bosan kan xde hiburan. Tak apa, aku ada handphone dan laptop. Guna apa yang ada dahulu. 

5. Berjimat. 
Hahahahahaha. Yes berjimat. Kalau pagi dapat makan oat, tengah hari makan lauk bawah RM5, malam makan telur je. Eh ni aku fail. Pasal makanan aku fail. Pandai-pandai korang lah berjimat kat makanan ni. Haha 

Tapi kalau dobi, aku akan basuhkan sendiri baju baju seluar semua tu. Memang jarang aku pi basuh kat dobi layan diri. Kalau basuh kat dobi pun, aku akan basuh je, kering kat bilik. Save RM4. Kalau basuh sendiri, save RM10. hahahaha. 


Sebenarnya susah juga nak membuat simpanan ni. Aku akui nya. Tapi marilah sama-sama menyimpan untuk masa hadapan. :D 

Nak Beli Bezza Ke Myvi 2019? Mana satu berbaloi lagi?

10:00:00 PTG 1 Comment
Hello pembaca blogku. Kali ini aku nak mengupas satu issue yang selalu membelengu pekerja yang baru masuk alam pekerjaan. Dah bagus dah pilih kereta ikut kemampuan. Tapi nak beli myvi ke bezza? Mana satu ku jadi keliru. 


Sebenarnya mudah je. Kalau anda seorang yang suka pada kelajuan yang selesa pilihlah myvi. Kalau anda pilih kelajuan yang sederhana tapi ruang kereta yang luas bezza semestinya pilihan anda. 

1. Kelajuan yang selesa. 
Kenapa aku cakap kelajuan yang selesa? Yes. Bezza juga boleh dipandu laju. 1.3cc kot?. Lainlah kalau ada yang ambik 1.0cc. Masih laju juga. Tapi bagi aku, nak sedap bawak laju, belilah myvi. Syok woo pecut kereta naik genting guna myvi 1.5cc cukup selesa. 

Habis tu? Bezza tak best ke pecut. Aku pengguna bezza. Hihi. Aku dah 2x naik genting guna bezza 1.3 aku tu. Memang dapat naik bezza tu ke puncak Genting Highland. Tapi akan tetapi. Memang semput jugak. Memang sampai ke lantai aku tengan minyak tu. 

P/s bila pecut guna myvie sampai 150kmh masih tak terasa bergoyang nye. Tapi bezza? 130kmh dah rasa melayang layangnye. Tapi haha aku lenjan je bezza aku sampai 150kmh selalunya. 

2. Besarnya ruang kereta. 
Haa sebab aku pilih untuk memiliki bezza. Aku sedar, pekerjaan aku, memang akan pindah randah macam nomad. Dalam setahun tak confirm aku stay tempat ini. Confirm pindah ke tempat baru. So aku pilih bezza mudah aku nak pindah. 

Ruang dalam bezza memang gempak gila besar. Orang cakap dalam bezza tu besar Axia. Aku tak setuju sebab bezza lebih luas lagi dari Axia

Disini memang myvi kalah lah. Dalam myvi memang luas. Tapi? Ruang simpanan bagasi atau bonet dia memang cenonet. Jadi? Kalau nak berfamily tu! Pilihlah bezza. 

Semua barang boleh letak dalam Bonet je. 

3. Minyak Bezza Lebih Jimat. 
Ye lah. 1.3cc kot nak dibandingkan dengan 1.5 myvi. Tapi adakah ini betul bezza lebih jimat? Anda setuju? Saya setuju. 

4. Myvi lebih mahal dari bezza. 
So myvi mahal wei dari bezza. So bayaran bulanan tambah 100 lebih camtu. Dari bayar 100 lebih ke myvi. Bagus buat simpanan asb atau loan asb. hihi. 


Terpulanglah dengan cita rasa masing-masing. Yang penting hati ini gembira menggunanya. Kadang-kadang sebagai pengguna bezza. Cair gak aku bila tengok myvi baru 2019 dimake up di modified lawa. Perghh.

U Mobile GX50 Ni Berbaloi ke? Ini Pengalaman Aku!

9:58:00 PG 2 Comments
U Mobile GX50
Hai pembaca blog. Namaste dilwali hey. Esok nak deeepavali. Kali ini aku nak buat review sikit tentang pelan postpaid yang aku pakai sekarang iaitu GX50 umobile. Adakah iklan ini sponsored post ? Tidak sama sekali. Siapa nak bayar blog aku wei viewer x sampai 100 pun harian haha. 


U Mobile GX50 Ni Berbaloi ke? Ini Pengalaman Aku! 

Aku dah pakai GX50 ini dah lama. Tak adalah lama mana. Bulan 7 2018 ni kot. Aku bertukar. Sebelum ini aku pakai prepaid wei. Nak save budget punya pasal and malas nak bayar bil bulanan. Tapi bila dikira balik bila aku melanggan internet, buat call guna prepaid nye. Mak ai mahal gila total up lebih rm50 lebih jugak lah.


So aku terpandanglah iklan GX50 ini di twitter mahupun facebook. Jadi hati aku terpanggil untuk buat research pasal telco ini. Aku bukak comment kat fb. Banyak wei negative feedback. Cakap line tak ok. Tak guna unlimited tapi tiada line. 


So aku tabahkan hati. Aku subscribe juga GX50 Umobile ini. Dengan niat, tak apalah line slow pun asal ada internet. Tak apalah internet slow pun asal dapat call free. Sebab pekerjaan aku sekarang perlu banyak calling. 


After menggunnakan GX50. 
Berbaloi bagi aku. Aku dulu kursus dekat area Bandar Kinrara Puchong. Laju wei internet dia. Takdalah lambat mana. Maybe area tu laju kot. Bila aku balik manjung perak lawat kakak aku. Pun boleh tahan kelajuan internet dia. 


Bila aku balik kampung kat Kuching Sarawak. Rasa nak nangis wei terharu. Bayar 50RM je, dekat kuching pun line dia laju. Alhamdullilah. Dekat rumah kampung aku family aku ade langgan UNIFI. Selalunya aku akan pakai line umobile je untuk online. Haha laju wei tak kisah pun pasal kuota sebab UNLIMITED kan.


Sebab aku satisfied gila dengan service umobile ini. Aku pun promote dengan rakan sekerja aku dan dengan kawan-kawan aku. Aku tak boleh wei dapat benda elok sorang-sorang. Rasa rugi pulak kalau tak share.


Itu sahajalah bebelan aku kali ini. Haha. 

5 Tips Buat Post Blog Tentang Restaurant @ Tempat Makan

11:52:00 PG 1 Comment
Siapa suka makan luar angkat tangan? Padahal kat rumah boleh je masak sedap-sedap tapi disebabkan not gifted to be a good cheff we use shortcut just go to the nearest restaurant to fuel up our energy. Kadang-kadang terfikir juga, sayangnya tak update dalam blog tentang tempat makan ni. Boleh promote tempat makan ni, kita bantu orang mudahkan urusan orang, nanti Allah mempermudahkan urusan kita. Tapi itulah, idea nak blog pasal kedai makan tu tak tahu nak start macam mana. ok sini mai abang ajar. padahal aku pun nak ulangkaji balik ilmu blog pasal kedai makan ini. 


1. Nama Restaurant dan Gambar Restaurant. 
Sebelum kau masuk kedai makan tu, makesure kau ambik gambar kedai makan tu dari luar. Bolehlah letak first gambar dalam blogpost. So tiadalah kes lupa nama kedai. Eh apa nama kedai aku makan tadi erk? Lupalah nama. Taknak lah post haha. kan dah hilang mood blogging. 

2. Order Menu Meletup. 
Aku tahu kau suka makan nasi goreng kampung telur dadar. Haha. senang tak pening fikir. Tapi cuba tanya orang kedai tu. Ape menu special sini. Saya nak cuba. At least ada benda yang special korang leh post dalam blog korang. Kalau setakat nasik goreng kampung 2.0. Mana-mana kedai pun ade kak oi. 

Buat review ikhlas sikit tentang makanan yang korang makan tu. Sedap atau biasa-biasa sahaje? Aku dulu ade gak pergi kedai makan dimana makanan nya memang tak sodap. Aku up jugak dalam blog. Tapi aku rasa macam tabur pasir dalam tong beras orang haha. Jadi aku buang post tu. 

3. Ambik Gambar Menu. 
Ni boleh gak untuk penuhkan artikel post korang. At least bila orang cari tentang kedai makan ini dalam google, dorang leh tahu menu apa jugak boleh dimakan kat kedai tu. Haa memudahkan urusan orang. Tapi makesure mintak kebenaran tokey kedai sebelum ambik gambar menu tu ok. :D 

4. Lokasi Kedai. 
Seeloknya dalam blog, letaklah lokasi kedai tu kat mana. Kalau rajin buat maps siap-siap. Tu kalau rajinlah. Kalau tak korang share maps location kedai tu. Orang boleh tekan link tu melalui handphone dorang sahaja. 

5. Operasi Hour Kedai. 
Kebanyakkan orang search google tentang kedai makan ni sebab nak tahu kedai ni bukak bila erk? Haha. Kalau boleh operatin hour tu letak kat awal-awal post. 

P.s Boleh tengok post aku ini berkenaan dengan kedai makan. Short and Sharp. Padat.  AnC Burger Kuching

3 Sebab Malas Berblogging Kena Elak

11:33:00 PG 1 Comment
Oh pembaca blog? Masih adakah dikau berdamping dengan blog aku yang menjadi artifak muzium ini? Kalau ada. Kau memang hebatlah. Aku sudah lama meninggalkan dunia penulisan dek sibuk dengan alam perkerjaan. Masih banyak benda kena belajar. Tanpa ku sedari art aku dalam menulis mula terhakis dan menyebabkan aku sukar untuk berkaryawan dalam blog ini sendiri. Sembang banyak tak guna. Aku nak share 3 sebab utama kenapa aku tak berblogging. 




1. Matlamat blog kerana DUIT. 
Tipu lah wei. kebanyakkan nya aku tengok orang berblogging ni sebab duit duit. Ehek? Ke aku je rasa camtu? Ye lah sebelum ni aku masyuk gila blog aku tiap2 bulan jana duit. Tapi sekarang bila aku dah mula busy dengan career. Pendapatan blog pun merudum. Aku pun terus tak motivated nak menulis blog. Mungkin aku kena tukar matlamat berblogging kepada mencari kawan, mencari ilmu, menimba pengalaman dan banyak lagi. Mungkin ini adalah rahsia kenapa ada blogger yang bertahan dalam dunia blogging ini walaupun mereka sudah berumahtangga dan berkerjaya. Time management aku masih kelaut. 

2. Perasaan Ade Ke Orang Nak Baca? 
Selalu bermain di fikiran aku. Ade ke orang nak baca kalau aku share? Seriously amer waktu kau mula-mula berblogging dulu ko fikir camtu ke? Kau pun dah up satu posting yang menengahkan long term achievement iaitu ko post hari ni ambik masa seminggu dua baru dapat sambutan. Kalau nak short term. Kau buatlah entry merepek. Bagi tajuk post cliche sikit lepas tu spam dalam facebook. Memang traffic naik mendadak. Tapi untuk sehari je? Apa gunanya. 

Jadi. buat post yang baik dan hasil yang bagus. Dan makesure pandai bermain dengan SEO. Tapi google sekarang bijak. Dia nampak blogger ni try hard sangat ngan SEO. Terus blog tu tak terindex dalam search engine. Ha padan muka. 

p/s  ilmu SEO aku gila kelaut. Aku rasa memang back to basic. Event dalam post ni pun aku tiada guna SEO. 

3. Mood Berblogging Kelaut. 
Yes. Bila kau dah penat pergi kerja. Kau akan rasa balik rumah nak tidur je. Buat benda apa yang patut baru kau tidur. Nak berblogging? Selamat tinggal. Kadang-kadang aku terfikir jugak macam mana orang lain boleh berblogging erk? Padahal dah bekerja kot. Dorang tak penat ke? Aku kena kaji benda ni aku kena belajar time management mereka. Memang hebat. 

I love my career. So aku akan focus ngan kerjaya aku. Blog? Hanyalah hobi. Aku buat bila aku ada masa. Banyak kebaikkan berbloggng ini yang ramai orang tak tahu. 

Jadi itulah 3 sebab utama bagi aku kenapa kita tak nak berblogging. Ok lah. Memandangkan blog aku ni macam hidup segan mati tak mahu. Aku nak hidupkan balik blog ini. 

3 Senaman Senang Paling Cepat Bakar Lemak Cepat Kurus

10:58:00 PG 6 Comments
Hari ini saya nak sharekan 3 exercise senaman senang dan cepat bakar lemak. Anda ada masalah berat badan berlebihan dan tiada masa nak buat senaman lama seperti jogging? Dah buat senaman tapi berat masih juga tak turun-turun ? Anda mungkin tidak tahu 3 sebab mengapa badan susah nak kurus. Tapi dalam post ini saya nak kongsikan kepada anda 3 exercise atau senaman yang senang dan cepat membakar lemak. Senaman ini berkesan untuk kempiskan perut, kuruskan badan, kecilkan punggung, kecilkan paha. Magic kan dengan 3 senaman ini anda boleh dapatkan berat badan yang ideal.





Plank
Exercise atau senaman ini paling cepat membakar lemak dan kuruskan badan. Jika anda search di google dan cari senaman paling berkesan mesti jawapannya ialah plank. Plank anda dapat buat dimana-mana sahaja.  Anda hanya meluangkan masalah dalam 10 hingga 15 minit untuk melakukan plank. Anda dapat lakukan senaman Plank waktu menonton tv. Buat lah dari kiraan 30 saat ke 60 saat(1 minit). Dan jika anda rasa anda sudah terbiasa dengan 1 minit, anda tambahkan lagi masa kiraan agar dapat memberi cabaran kepada badan anda. Plank dapat membakar lemak yang terkumpul seperti di lengan, dan paha. Kalau nak tahu cara plank terbaik boleh lah tonton video youtube ini. How To: Plank https://www.youtube.com/watch?v=pSHjTRCQxIw

Squat 
Tidak dinafikan squat juga antara senaman yang mudah dibuat dan dapat dibuat bila-bila masa. Sebelum anda membuat squat, seeloknya anda membuat warming up area kaki sebab squat banyak mengguna muscle di area kaki. Anda boleh lakukan 10 hingga 15 kali squat dalam satu set. Dalam sehari anda lakukan 3 hingga 5 set. Anda boleh tambah bilangan squat dalam set jika anda ingin mencabar badan anda untuk membakar lebih banyak lemak. Squat mampu membakar lemak di bahagian perut, dan paha. Jadi kalau nak peha, punggung, dan perut yang cantik, selalulah lakukan squat. Cara buat squat yang betul dan dengan baik, anda boleh tonton video youtube ini. How to do a Squat Correctly https://www.youtube.com/watch?v=aPYCiuiB4PA

Push Up
Bagi lelaki tiada masalah untuk mengamalkan Pumping. Bagi wanita agak sukar untuk melakukan pumping sebab tidak biasa. Apa kata anda mulakan senaman pumping sekali dan dua pumping. Dan berhenti. Lepas itu cuba tambah bilangan Pumping. Pumping boleh menambag muscle di tangan kita. Muscle biasa sahaja tidaklah yang bulky itu. Jangan risau ye. Badan perlukan muscle, semakin banyak muscle semakin cepat badan kita membakar lemak. Cara Pumping Yang Betul https://www.youtube.com/watch?v=IODxDxX7oi4.

Jika anda berhajat nak kuruskan badan cepat anda juga boleh mengamalkan fat burner, teh orang kampung, teh hijau, atau air lemon detoks untuk cepat menguruskan badan. Saya sudah cuba mengamalkan minuman yang saya sebut tadi kecuali teh orang kampung. Kakak saya sahaja yang mengamalkan teh orang kampung tersebut.Saya rasa 3 senaman cepat bakar lemak ini paling terbaik untuk anda lakukan jika nak badan kurus. Cuma kalau baru-baru buat memang terasa sakitnya. Tapi jika dah terbiasa memang anda akan buat lagi dan lagi. Ambil take 5 minute. Lepas itu berehat. Dalam masa sejam dua macam tu lakukan lagi. 

Tips Cara Buat Duit Online Tanpa Modal

10:43:00 PG 1 Comment
Untuk kali ini aku nak buat posting tentang Cara Mudah Buat Duit Online Tanpa Modal atau Wang Sendiri.. Mesti ramai antara kita sudah pun mendengar ramai orang atau blogger mahupun trader dapat side income dari dunia internet ini. Ramai yang sudah berjaya. Ramai yang dah keluar dalam tv menceritakan kejayaan mereka dalam dunia internet.

Cara menjana duit dalam dunia internet boleh dibelajar di youtube mahupun di blog-blog kerana para blogger tidak kedekut untuk kongsi cara mereka menjana duit online. Ilmu tentang menjana duit melalui internet ini memang luas. Jadi anda kena letakkan penuh dedikasi dan juga menanam minat dalam menjana duit dalam dunia internet ini.



Jika anda hanya ingin mengikut trend semasa untuk menjana duit di internet, lupakan sahaja. Kerana menjana duit online ini perlu kesabaran yang tinggi dan perlu kreatif juga. Tips jana duit online yang saya kongsikan ini boleh dibuat dari rumah sahaja. Nak cakap tips ni cara cari duit cepat? Tak juga, perlu ambil masa juga macam menanam sayur dan buah-buahan. Kena tunggu ia tumbuh dan buah nya masak dahulu sebelum memetik buah atau sayurnya. Dibawah ini saya akan kongsikan 3 cara mudah untuk jana duit online tanpa modal. 




Jana Duit Dengan Blog . 

Cara pertama untuk buat duit online ini ialah dengan berblogging. Tahukah anda melalui blog sahaja anda boleh menjana pendapatan?  Mesti anda sudah tahu dunia blogging ini memang banyak memberi duit kepada mereka yang rajin menulis. Semua orang boleh berkecimpung ke dalam dunia blog. Cuma, tidak semua orang pandai membahagi masa untuk berblogging. Sumber-sumber pendapatan melalui blog memang banyak, bermulalah dari sistem PPC atau Pay Per Click, Links Sales, Review, Affliate dan bisness e-book. 

Saya tahu dunia blogger ini memang meluas. Sukar untuk mereka yang baru nak belajar dunia blog ini untuk terjun ke dunia blog. Tapi semua orang mula dari bawah. Jadi, anda juga boleh mulakan membina blog dan kongsikan cerita anda atau tips yang anda tahu di blog anda. Jom belajar bina blog. Untuk blogger permula, saya cadangkan anda untuk mendaftar diri di periklanan nuffnang. Selepas itu, kalau rasa blog anda pageviews sudah menaik dalam 100-300. Anda sudah boleh apply account adsense. Periklanan Adsense memang membayar mahal untuk setiap click iklan. Yang paling best tentang adsense ini ialah, pendapatan kita dibayar dengan nilai matawang USD. Cuba tukar 1usd ke RM. Katakan sehari kita berjaya menjana 1usd. 10 hari kita sudah berjaya menjana 10usd. 

Sebelum anda active dalam dunia blog. Eloklah anda elak untuk membuat posting yang boleh menyebabkan blog anda direject oleh syarikat pengiklanan adsense.

Jika blog anda memiliki pageviews yang tinggi. Tidak mustahil ada syarikat jual beli online seperti lazada, zalora, dan sewaktu dengan nya ingin bekerjasama dengan blog anda untuk periklanan. Mereka mungkin berminat untuk beriklan di blog anda dan sanggup untuk membayar anda untuk mengiklankan produk mereka. Depend atau bergantung dengan kehendak mereka. Mungkin mereka akan bayar RM100 untuk satu review tentang produk mereka.




Buat Video Dengan Youtube.

Cara kedua menjana duit online ini ialah dengan menggunakan youtube. Ramai orang Malaysia sekarang sudah active dalam dunia youtube untuk membuat vlog (video log). Tapi, tak semua mereka tahu yang mereka juga boleh menjana income melalui youtube. Sayangnya. Pekara mudah yang perlu anda lakukan untuk mendapat income melalui youtube adalah mendaftar youtube account anda di google adsense. Banyak tutorial mengajar cara untuk apply atau mendaftar adsense account for youtube. 

Jika anda tiada idea nak post video apa di youtube account anda. Anda boleh post cara memasak ikan talapia 4 rasa. Anda juga boleh post cara membaiki laptop. Anda juga boleh post cara mencuci aircon dengan betul. Anda juga boleh post cara memakai necktie dengan betul dan mudah. Anda juga boleh post beberapa hack atau cara senang untuk membersih kereta, kipas, microwave dan sewaktu dengan nya.

Anda kena bijak membuat title video anda. Buatlah title yang mengundang atau membuatkan orang mahu click video anda. Sebagai contoh, cara atau trick ikat necktie/tali leher 15 saat sahaja. Mesti orang akan curious/ingin tahu betulkah dalam masa 15 saat dapat ikat necktie? Anda juga boleh letak cara kupas bawang merah 1 minit. Lagi mengundang curious atau perasaan ingin tahu orang ramai. 

Apa yang saya dapati, video permainan kanak-kanak seperti lego, mainan kereta, mainan kapal terbang dan sewaktu dengan nya memang mendapat views yang banyak. Ini mungkin disebabkan budak-budak mereka banyak meluangkan masa di youtube. Selepas tonton cerita cartoon upin-ipin mesti ada suggestions video lain tentang mainan keluar di tepi video upin-ipin itu tadi. Jadi jika anda seorang ibu-bapa yang memiliki banyak mainan anak-anak yang best seperti hotwheels dan tracks hot wheels. Bolehlah share di video youtube. Sebagai idea, anda boleh buat video cara memasang litar track lumba hotwheels atau cara memasang lego star wars. 

Nak edit video mudah? Belajar guna window media marker. Window media maker ialah software yang selalu ada dalam laptop kita (jika pengguna microsoft) dan software iniadalah software edit video paling mudah untuk digunakan. Jika anda creative, dengan menggunakan window media maker sahaja video anda boleh kelihatan gempak. Jika anda nak buat topic atau video yang boleh generate atau memberi banyak income.


Pelaburan Saham dan Forex Trading

Cara terakhir yang saya lakukan untuk menjana atau buat duit online ialah dengan trade forex. Tips yang terakhir ialah Pelaburan Saham dan Forex Trading. Ramai yang takut untuk menceburi bidang trading ini. Sebab risiko dia tinggi. Eh kejap? Tadi saya cakap buat duit tanpa modal bukan? Ya, untuk pemula dalam dunia trading, XM.COM, akan memberi duit kepada anda sebanyak RM134 atau 30USD untuk anda mula melabur. 

Saya sudah menggunakan duit itu waktu saya mula melabur dahulu. Macam mana saya belajar trading? Saya hanya ikut kelas di youtube sahaja. Percuma. Youtube boleh mengajar anda macam-macam. Jika anda ingin daftar diri menjadi seorang trader, bolehlah daftar diri anda di XM.COM. Selepas mendaftar mereka akan deposit RM134 ke account forex anda. Duit itu hanya untuk anda trade forex. Dan duit itu tidak dapat di ambil dan transfer ke bank account anda. Cuma duit yang anda untung atau profit dalam dunia forex sahaja boleh di transfer ke bank account anda. 



Ramai trader sekarang cuma menggunakan telephone bimbit mereka sahaja untuk berdagang atau trade. Dalam sehari, jika pandai anda boleh jana 10usd hingga 20usd untuk beginner.  Dunia forex amat meluas, jadi saya cadangkan anda untuk belajar di youtube dahulu. Selepas anda mahir cara membeli dan membuat sale di trade forex. Anda bolehlah start follow video Geo Azrul. Dia akan mengajar anda cara menggunakan trade forex fibo musang, bbma Oma Ali,(https://www.youtube.com/channel/UC4b2_6DFwXnaHucdzAVojjw/playlists) dan sewaktu dengan nya.

Selain dari teknik trade diatas, jika anda rasa malas untuk belajar teknik-teknik tersebut. Anda boleh mengikut signal dari group-group facebook yang berkongsi signal trade. Ada yang mahir membaca trade akan berkongsi signal mereka di group-group forex facebook. Jika mereka yang mahir trade tahu masa sesuai untuk membeli atau menjual saham, mereka akan kongsikan signal ke dalam group facebook itu tadi. Selain group facebook, di telegram juga ada group yang akan kongsi signal trade. Anda boleh cari forex signal group Malaysia di facebook. Nama groupnya ialah Signal, Analisa & Berita Forex Percuma.


Jadi itu sahajalah perkongsian saya untuk tips dan cara jana income atau pendapatan online tanpa modal. Sebenarnya banyak lagi peluang membuat duit dalam dunia internet ini, tetapi 3 cara diatas sahaja paling mudah dan senang tanpa guna duit pun untuk menjana duit. Selepas ini saya nak berkecimpung dalam dunia youtube. Masih lagi ketandusan idea nak buat video apa. Kena belajar dulu cara effektif buat video yang boleh memberi banyak views ataupun tontonan.




Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Cepat Dan Mudah. Wajib Tahu,

10:42:00 PG 1 Comment
Jom Belajar Bahasa Melayu Sarawak Mudah, Cepat dan, Ringkas. Aku orang Sarawak. Apa kata jika aku berkongsi ilmu mengenai bahasa Sarawak ini? Apa yang aku nak cakapkan ialah bahasa Sarawak ini mudah untuk dibelajari. Mungkin mengambil masa 1 bulan jika anda berada di Sarawak. Dan mungkin mengambil masa 3 bulan untuk anda mahir dalam bahasa Melayu Sarawak ini jika anda cuma belajar melalui internet sahaja. Maaf atas penggunaan kata ganti nama  diri. Saya kekok menggunakan saya, anda, aku. Jadi saya tukar-tukar ikut mood. Maafkan saya sekali lagi. 

Untuk pengetahuan anda, bahasa melayu sarawak yang saya ajar ini adalah lebih kepada Bahasa Sarawak yang digunakan oleh orang Melayu Kuching untuk percakapan seharian. Jadi mungkin ada perbezaan bahasa melayu sarawak di Bintulu, Miri, Limbang dan sewaktu dengan nya. Berbeza sedikitlah. Cara penyebutan juga ada beza sedikit. Tapi jika anda pandai bahasa Melayu Sarawak bahagian Kuching. Bagi saya, tiada hal untuk tahu bahasa Melayu Sarawak dialek selain dari Kuching. Saya juga menjadikan entry Belajar Bahasa Sarawak dari blog Kakak Tiri Cinderella http://kakaktiricinderella95.blogspot.my/2015/11/jom-belajar-bahasa-sarawak-bahasa.html sebagai panduan. Dah macam bahasa rasmi pulak bahasa sarawak ini dengan cara pengajaran dia. Terima Kasih Kakak Tiri Cinderella.

Terdapat banyak sebab kenapa orang Semenanjung mahupun orang Sabah mahu belajar bahasa Melayu Sarawak. 
1. Bahasa Mudah Dibelajar
Bahasa Melayu Sarawak tidaklah sukar untuk dibelajar. Kakak ipar saya berasal dari Perak, dalam masa yang sekejap sahaja dia boleh mahir bercakap dalam bahasa Melayu Sarawak. Ini disebabkan bahasa Melayu Sarawak kebanyakkan perkata berasal daripada Bahasa Melayu Baku. Jadi mudah untuk orang melayu atau sesiapa yang pandai bercakap melayu untuk belajar bahasa melayu sarawak. 

2. Sebab ada minat orang Sarawak. 
Orang Sarawak memang suka merantau di Negeri orang. Jadi anda akan boleh berjumpa orang Sarawak di mana-mana sahaja di bumi Malaysia ini. Seperti di Sabah, Kuala Lumpur, mahupun Perlis. Kami ada dimana-mana sahaja. Jadi tidak mustahil suatu hari nanti anda akan terjatuh hati dengan orang Sarawak. 

3. Sebab Belajar Di Sarawak. 
Aku selalu je bertanya kawan aku tentang pandangan mereka tentang Sarawak ini waktu first first datang Sarawak. Best kalau dapat tahu pandangan dorang. Ye lah setiap dari kita mesti ada perception tentang sesuatu tempat itu. Ada yang mungkin berahsia pandangan mereka, ada yang mungkin sudah buat research tentang Sarawak. Contoh lah aku. Pandangan aku tentang bumi langkawi ialah penuh dengan Sawah Padi (tiada pembangunan, tiada tempat pelancongan) cuma ada padi sahaja. Tapi bila aku pergi ke Langkawi buat kali pertamanya (2011). Terus hati ini jatuh cinta dengan Pulau Langkawi. Rasa nak pergi lagi dan lagi. Kenapa aku menyimpang jauh? Jadi sebab lain orang nak belajar bahasa Sarawak ialah sebab mereka belajar di Sarawak. Rugi kalau tak belajar bahasa Sarawak jika anda menyambung belajar di Sarawak. Boleh bersembang dengan orang Sarawak, boleh berlakon jadi pelancong dari Semenanjung dan tak faham bahasa Sarawak. 


4. Meluaskan Bahasa 
Best kalau tahu banyak bahasa. Kita mudah bergaul dengan orang. Macam aku, aku boleh berbahasa Melayu Sarawak, Bahasa Iban, dan Bahasa Mandarin. Perlu ke aku mention aku boleh berbahasa English dan Melayu? Tak perlukan. Rugi kalau tak belajar banyak bahasa. Jadi, rajin-rajinkan lah belajar bahasa orang. Aku sekarang dalam process mempelajari bahasa Sepanyol dan bahasa France. Ok aku tipu. Aku sekarang sedang giat mempelajari bahasa Tagalog Philipines.  

Jadi sebab-sebab di atas lah yang mendorong anda untuk belajar bahasa Sarawak. Bear in mind, bahasa melayu sarawak ini memang tidak susah dibelajar jika anda tahu bertutur bahasa melayu baku. Boleh kita mulakan sekarang? aI  aI  Captain. Mulai hari ini anda panggil saya Cikgu Kamek ok? 

Kata Ganti Nama Diri 
1. Saya   - Aku. Ku. Kamek. Mek. 
2. Awak  - Kau. Kitak. Ko. (Sebutan Kau ialah Ka Wu.) 
3. Dia     - Nya
4. Korang - Kitak Orang  
5. Kami - Kamek Orang 
6. Kita   - Kita 
7. Mereka - Sidak. Sidak nya. Sidak ya. 

Aku dan Kau (kawu) digunakan jika dengan kawan rapat. Kamek dan Kitak digunakan untuk bercakap dengan orang lebih tua atau muda (hormat). Kamek Kitak digunakan untuk pasangan kekasih. 

Kata Ganti Nama Tanya 
1. Apa   - Apa
2. Bagaimana / Macam Mana - Macam Ney? Giney? Camney?
3. Berapa - Berapa / Bapa 
4. Bila - Bila 
5. Mana - Ney,  Dimana - Siney 
6. Mengapa /  Kenapa - Kenak, Pahal, 
7. Macam Mana - Kedak Ney 
8. Siapa - Sapa

Ingin saya tekankan, cara sebutan R orang sarawak lain. Sa RA waK. Sebutan K juga lain. Susah saya nak explain melalui tulisan. Yang penting anda faham. Bila dengar orang Sarawak sebut. Anda tahu apa disebut mereka, cuma anda baru tahu cara mereka menyebut perkataan tersebut. Umpama belajar bahasa English lah, kita tahu makna cuma tak tahu cara pronounce dengan betul. 

Kata Ganti Nama Tempat 
1. Sana - Sinun, Nun 
2. Sini - Sitok
3. Situ - Sia 

Siney rumah kau? (Dimanakah Rumah Anda) 
Rah sia jak. (Dekat situ sahaja) *Sarawakian juga boleh guna Dekat. 
Rah sinun. (Dekat Sana)  *Jauh dari penglihatan mata
Rah sia. (Dekat situ) *Masih boleh dilihat dengan mata 

Contoh Rah Sia.  
Siney ko engkah remote tek?  (Dimana Kau Letak Remote Tadi?)
Nya rah sia jak tepi TV. (Remote dekat tepi tv je.)

Kata Ganti Nama Tunjuk 
1. Begini / Macam Ini  - Macam tok / Camtok
2. Begitu / Macam itu - Macam ya/ Camya 
3. Ini - tok
4. Itu - Ya
5. Disini - Disitok 
6. Disana - Di siya


Kata Nafi 
1. Bukan - Bukan, 
2. Tidak - Sik, Sik Eh, 
3. Tidak Mahu - Sik Maok, 

Kata Bantu
1. Akan - Akan / Nak 
2. Belum - Belom 
3. Harus  - Mesti, Kenak Juak, 
4. Hendak / mahu - maok,  mok 
5. Masih - Maseh 
6. Pernah - Pernah 
7. Sedang - Agik, Gik, 
8. Sudah / Telah - udah, dah 

Kata Perintah 
1. Harap - Harap, Arap 
2. Jangan - Jangan, Sikboh, Iboh, Boh, 
3. Minta - Mintak 
4. Sila / Jemput - Silalah, Jemputlah. 
5. Tolong- Tolong

Untuk perbuatan jemput dan sila. Orang Sarawak selalu menggunakan perkataan Lah setiap ayat jemputan untuk nampak lebih sopan dan proper. 

Contoh. Jemputlah makan. Makanlah. Duduklah. Minumlah. 

Kata Seru
1. Aduh - Adek eh/ Adoi 
2. Aduhai - Adoh heh 
3. Amboi - Yo Ra Bi,  Yee
4. Cis - Cis, Ceh 
5. Eh - Eh, Aih, Aie 
6. Nah - Nah 
7. Wah - Yo Ra Bi, Yoh, 

Kata Penegas 
1. Juga - Juak 
2. Kah - Kah 
3. Lagi - Lagik, Agik, Gik 
4. Lah - Lah 
5. Pun - Pun 
6. Sahaja / Saja - Ajak - Jak 

Juak-Sama 
Kedak Muka Kau Juak - Macam Muka Kau juga
Kata Penguat 
Kata Penguat Hadapan/Depan 
1. Paling - Paling 
2. Sungguh - Nang 

Kata Penguat Belakang
1. Sangat- Gilak, Abis, Bis
2. Sungguh - Bena,
3. Betul - Na, Bena, 
4. Lagi - Lagik
Kata Sendi 
1. akan – akan , nak
2. antara – antara
3. bagi – bagi
4. dalam – dalam / lam
5. dari – dari,
6. daripada – daripada
7. demi – demi
8. dengan – dengan , ngan
9. di – kat , rah
10. hingga / sampai – sampei
11. ke – ke
12. kepada - kepada
13. kerana – segal, tegal, entam
14. melalui – makei
15. oleh – oleh
16. pada (menunjukkan tempat) – dekat, kat, di
17. pada (menunjukkan waktu) – pukol
18. sambil – sambil, sambel,
19. sebab – sebab / entam
20. sebelum – sebelom,
21. sejak – sejak ya
22. selepas – lepas
23. seperti / bagai – macam, kedak,
24. tentang – tentang, pasal, sal
25. terhadap – terhadap
26. untuk – untuk / pakei / kei

Kata Hubung
1. agar – kelak  
Kau mesti senyum agar mereka suka dengan kau. 
Kau mesti senyum kelak sidak suka ngan kau. 

2. atau – atau, mun sik,
3. bahawa – yang
4. dan – dengan , ngan
5. sekiranya / kalau / jika – mun
6. semasa – masa
7. sementara – sementara, sambel,
8. serta – serta, ngan
9. seterusnya – seterusnya, lepas ya,
10. tetapi – tapi
11. walaupun - walau
12. yang – yang / nak / nok / nyeh
Saya nak beli yang ini.  Kamek mokm beli yang tok, nak tok, nok tok. 

KATA NAMA AM
Kata Nama Am MANUSIA
1. Bapak – bapak, pak
2. Budak – nembiak, biak
3. Budak Kecil – nembiak, biak kecik.
4. Emak – emak / mak
5. Guru – cekgu
6. Isteri – bini
7. Suami - Laki
8. Kekasih – gerek
9. Lelaki – orang laki / miak laki / laki
10. Perempuan – orang empuan / rempuan / ompuan

Kata Nama Am HAIWAN
1. Anjing – asuk
2. Ayam – manok
3. Burung Helang – burung lang
4. Ikan bilis – pusuk
5. Ketam Angin – ramak
6. Kucing - pusak
7. Kura kura – kurak
8. Monyet – kerak
9. wak wak – wak wak, keruak
Selain daripada itu mungkin sama. Seperti semut, kuman, lipas(lepeh), ikan pari(parek), buaya(boyak), dan lain-lain. Akan ada tambahan di ruang comment.


Kata Nama Am TUMBUHAN
1. Cili – cabik
2. Tembikai – semangka
3. Ubi – kribang
4. Labu - Labuk


Kata Nama Am BENDA
1. Cawan – cangkir, cangkey
2. Gelas – gelas / cangkir
3. Pintu – pintu / lang
4. Seluar – seloa / loa
5. Seluar pendek – seloa pendek , loa pendek, seloa pontong, loa pontong
6. Serambi – jungka
7. Tingkap – penjan

Kata Nama Am TEMPAT
1. Bilik – bilit
2. Bilik mandi – bilit mandik, bilit aek,
3. Hospital – sepetar, hospitel,
4. Kedai – kedei
5. Pantai – pantei
6. Pasar – pasa
7. Sungai - Sungei 
8. Gunung - Gunong
9. Kampung - Kampong 

KATA ADJEKTIF
Kata Adjektif  SIFAT
1. Baik – bait
2. Baru – baru
3. Berani – berani, bani
4. Bodoh – bodo / paloi
5. Cerdik – cerdit
6. Degil – entingal, degel,

7. Gatal / miang – rengat,lanji
Gatal atau miang untuk bahasa Sarawak Rengat dan Lanji disini rujuk kepada perasaan atau perbuatan seseorang yang gatal atau lanji nak nikah awal. 
Manakala gatal atau miang selepas kena gigit nyamuk (itchy), orang sarawak mengguna perkataan gatal dan miang juga. 

8. Gedik – ngegeh
9. Gambong -- Mengada-ngada
10. Gila – gila, sewel
11. Jahat - jaik
12. Kemas – kemas, beresi
13. Kuat menangis – congek
14. Kukuh – kukuh, tegoh
15. Lemah – lemah, lembek
16. Manja – manjak / langgok
17. Nakal – mancal, mancai, berolah,
18. Pandai – pandei
19. Penipu – pembulak
20. Penyibuk – gago, poret,kamboh
21. Pintar – penta
22. Clumsy - Kamboh

Kata Adjektif  WARNA
1. hitam – itam
2. kuning – kuning
3. merah jambu – pink / kalas
4. oren / jingga – oren
5. ungu – unggu / purple / engkodok

Kata Adjektif  UKURAN
1. Pendek – pendek / kontot
2. Panjang – panjang
3. Tebal – tebal
4. Nipis – nipis
5. Dalam – dalam
6. Besar – besa

Kata Adjektif  BENTUK
1. bujur – bujo
2. bulat – bulat
3. lurus – lurus

Kata Adjektif  WAKTU
1. Awal – awal
2. Dahulu / lalu  - dolok
3. Lama – lamak
4. Lambat – lambat
5. Lewat / suntuk – sontok
6. Segera – kinek
7. Silam / dahulu kala – lamak marek / mensiya

Kata Adjektif  JARAK
1. Dekat – dekat
2. Hampir – hampir, hampei
3. Jauh – jaoh


Kata Adjektif  CARA
1. Lambat – lambat
2. Laju – laju
3. Cepat - laju
4. Lincah – cakah


Kata Adjektif  PANCAINDERA
1. RASA
a) Manis – manis
b) Masam – masam
c) Masin – masin
d) Pahit – pait
e) Pedas – pedas
f) Sedap / lazat – nyaman

2. PANDANG
a) Cantik / jelita / kacak / tampan / sedap mata memandang – kacak
b) Hodoh / Buruk – Jaik, Sik Kacak, Burok


3. DENGAR
a) Bising – bisin
b) Nyaring - nyerin
c) Senyap – senyap / diam
d) Sunyi – sunyik

4. BAUa) busuk – bau
b) wangi / harum – wangi
c) hangit – hangit, angit

5. SENTUH
a) halus – halus / alus
b) kasar – kasa
c) kesat – kesat
d) lembab – lembab, licak
e) licin - licin
f) tajam - tajam

Kata Adjektif  PERASAAN
1. benci – bencik, sak ati,
2. berahi / rindu – beraie
3. bingung – bingong
4. bosan – boring
5. cinta – cinta, suka
6. gembira – indok, rindok, asak ati, suk ati, suk,
7. jemu - lejuk
8. kasihan / kesian – tedah
9. malu – malu, keder
10. marah – marah / manas
11. rindu – rindu / beraie
12. sayang – sayang
13. sedih – sedih, piluk ati
14. senang – senang
15. seram – seram / ngutik
16. serik – jerak
17. suka – suka
18. takut – takut

Ngolok - Mengampu Kata Kerja
1. berborak – beloya
2. bercakap – kelaka / kaka
3. bergaduh – begadoh, kelayi, kelae
4. bergurau – beguro
5. berjalan – bejalan
6. berjalan lalu lalang – kuang kuit
7. berjalan (makan angin) – kayo kayo
8. berlagak – lawa, sombong
9. berlari - berekot
10. bermalam – berambeh
11. berselerak – beselerak / mengarei
12. bersiar siar / jalan jalan – raon, kayo-kayo
13. bersin – kasik
14. bertumbuk – bebukut, bertumbok
15. diejek - diolok
Ngolok juga mebawa masuk mengipas bos. Ngolok boleh disama ertikan ke kaki kipas atau pengampu.16. dilihat / ditonton – didiat
17. dimarahi – dianok
18. dipaksa – dipaksa
19. dipukul – dipaluk
20. ditipu – dibulak
21. ditumbuk – dibukut, ditumbok
22. melawan – melan / ngelan
Melan atau Pelan juga mebawa maksud terlalu manjakan anak. Sebagai contoh Tipah terlalu pelan kan anak walaupun dia tahu anaknya berperangai jahat. 
23. melihat / menonton -  diat, tangga
24. memaksa – maksa
25. memarahi – nganok
26. memasak – masak
27. memberitahu / bagitahu – madah, padah,
28. membuang – buang
29. memukul – maluk
30. menangis – nangis
31. menanti / menunggu – nantik / nunggu
32. menari - bejoget
33. mencuci (untuk pakaian) – nesah, nyesah, nyuci,
34. mencuci / membasuh – basok, nyuci,
35. mengejek – morah
36. menipu – bulak
37. menjerit – kaong, neriak, nerais,
38. menjerit jerit (melolong) – kiak kaong , terkiak kaong
39. menunjuk nunjuk – ngeso
40. terpaksa – tepaksa

3 Sebab Kenapa Susah Nak Kurus

10:36:00 PG 1 Comment


Assalammualaikum blogger dan pembaca blog Amer sekalian. Hari ini saya nak kongsikan 3 Sebab Kenapa Badan Susah Nak Kurus. Padahal dah buat banyak exercise, dah buat senaman yang banyak, dan dah jogging setiap hari. Saya pernah mengalami situasi ini dimana saya juga mengamalkan Fat Burner Mega 2.0 tetapi masih juga tidak kurus. Jadi disini saya akan kongsikan 3 sebab mengapa berat badan kita susah nak turun. 


1. Tidak Sarapan Pagi. (BREAKFAST). 
Saya terpaksa besarkan word breakfast itu sebab kebanyakkan orang yang nak kurus ini memang tak suka nak breakfast. Tahulah perasaan nak kurus tu berkobar-kobar, anda pun terus rasa nak diet. Nak makan tapi takut gemuk. Pernah dengar istilah breakfast like a king? Sarapan waktu pagi penting untuk memberi tenaga yang mencukupi kepada badan untuk membakar lemak. Jadi, jika tiada makanan, macam mana badan nak ada tenaga untuk membakar lemak? Tidak mengambil sarapan pagi juga boleh menyebabkan anda mudah merasa lapar. Atau istilah lainya famish. Famish ini bahaya kerana anda akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak daripada pengambilan makan anda setiap hari. Jadi disini saya syorkan untuk makan telur dan oat diwaktu awal pagi. Dua makanan ini paling terbaik untuk membantu anda membakar lemak berlebihan dalam badan. Telur juga akan membuat anda sentiasa berasa kenyang sepanjang hari. Terpulang kepada anda hendak mengambil berapa bijik telur. Tapi paling bagus sebiji telur. Kalau anda seorang yang nak bina badan. Bolehlah mengambil telur rebus dalam kuantiti yang banyak seperti 2 ke 3 telur. Makan telur berlebihan juga tidak bagus kepada badan.

2. Tidak Memberi Badan Berehat. 
Saya tahu semangat nak kurus berkobar-kobar. Jadi anda pun buat exercise siang pagi dan malam. Sebab nak kurus dalam masa terdekat. Percayalah badan juga perlukan rehat. Anda juga perlu memberi masa untuk rehat kepada badan. Waktu anda berehat, badan juga membakar lemak tanpa anda sedari. Bagilah masa untuk badan berehat, untuk badan membina muscle, dan memulikan tissue badan yang tercedera sewaktu anda melakukan exercise berat. 


3. Makan Waktu Malam 
Sebab yang ketiga. Makan berat waktu malam. Ramai yang masih tak percaya yang makan malam boleh menyebabkan masalah kegemukkan. Badan lebih cepat gemuk jika kita makan waktu malam sebab metabolisma badan di waktu malam kurang aktif. Metabolisma ialah sistem badan yang membakar lemak berlebihan di dalam badan. Disebabkan metabolisma badan kurang di waktu makan, makanan yang anda makan di waktu malam akan disimpan terus menjadi lemak lebihan. Itulah sebab badan susah nak kurus. Saya banyak melihat kawan saya yang makan banyak selepas melakukan senaman. Kalau makan tepat pada waktunya tidak apa. Tapi kalau makan berat waktu pukul 9 hingga 12 malam memang susah lah nak kurus. Kena makan 4 jam sebelum tidur. 

Saya harap 3 sebab ini dapat dibuang jauh-jauh dalam hidup anda jika nak kurus cepat. Kepada lelaki, badan anda memang mudah untuk kurus sebab badan lelaki metabolisma mereka tinggi sebab badan mereka ada lebih banyak muscle. 

3 Cara Cepat Kempiskan Perut Buncit Dengan Cepat

10:35:00 PG 1 Comment



3 Cara Wajib Dilakukan Untuk Mengecilkan Perut Buncit. Hari ini saya nak berkongsi 3 cara yang wajib anda lakukan untuk mengecilkan perut yang buncit. Perut buncit bukan disebabkan makan makanan ringan sahaja, pola makan yang tidak sihat juga menyumbang kea rah masalah perut buncit. Selain daripada itu, jarang melakukan aktiviti senaman juga boleh menyebabkan masalah perut buncit. Terlanjur buncit, susah untuk berpatah balik untuk memiliki perut flat atau rata. Harap dengan perkongsian saya kali ini boleh membantu anda yang mengalami masalah perut buncit. 3 cara wajib Kempiskan Perut Mudah seperti di bawah: 


1. Perbaiki Pola Makan.
Penyebab utama perut buncit adalah masalah konsumsi makanan yang salah dan tidak sehat. Jadi jika Anda ingin mengecilkan perut atau setidaknya tidak ingin menambah besar perut buncit Anda, maka tips berikut ini wajib Anda lakukan:

Makan Makanan Berserat.
Amalkan memakan sayur dan buah-buahan kerana makanan ini berserat dan boleh melancarkan percernaankita. Penyebab lain buncit disebabkan banyak lemak tertinggal di perut anda. Buah-buahan seperti pisang bagus untuk melancarkan pencernaan. 

Elak Makan Berat dan Berlemak.
Makanan berat seperti nasi, pasta atau mee dan juga makanan berlemak seperti makanan ringan, makanan goreng, ais-krim dan sejenisnya harus dan wajib dihindari. Karena makanan dan minuman inilah punca perut buncit. Kalau saya, saya akan kurangkan pengambilan nasi. Susah untuk pantang nasi. Kalau makanan lain boleh je. 

Minum Air Masak 8 Gelas Sehari
Dengan meminum air putih, perut anda tidak rasa cepat lapar dan amat membantu diet anda. Air masak juga boleh meneutralkan racun dalam tubuh badan. 


2. Bersenam
Cara ini sudah tentunya paling penting untuk mengecilkan perut. Tapi tak semua ada masa untuk bersenam dengan lama. Tak semua senaman dapat membantu mengecilkan perut. Jadi, disini saya ingin kongsikan beberapa senaman yang dapat mengecilkan perut. 

Senaman yang anda boleh lakukan pada masa yang singkat ialah sit up, squad, dan push up. Tiga jenis senaman ini memang membantu membakar lemak di bahagian perut. Jadi apa kata anda cuba amalkan satu ada dua senaman yang anda selesa buat. 

Senaman naik turun bangku juga bagus untuk membakar lemak di perut. Apa yang perlu anda lakukan ialah ambil kerusi tinggi paras lutut, naik dan turun di atas bangku/kerusi itu selama 1 minit. Kalau nak mencabar lagi, pasang lagu favourite dan naik turun bangku itu dari mula lagu sehinggalah tamat lagu tersebut. 


3. Minum Teh Hijau dan Air Detoks Lemon
Cara terakhir ini ialah minum teh hijau. Teh hijau memang membantu membuang lemak degil dalam tubuh badan. Jadi anda juga boleh membakar lemak seluruh badan dengan meminum teh hijau ini. 

Selain teh hijau. Anda juga boleh amalkan minum air detoks kerana air ini membantu menyingkirkan toksin-toksin jahat dalam badan.