Home » , » Membuat Kad Pengenalan/Mykad12 Kanak-Kanak 12 Tahun

Membuat Kad Pengenalan/Mykad12 Kanak-Kanak 12 Tahun

Posted by Amer Jaya | on Isnin, 20 Ogos 2018

Jumaat lepas, aku dan kakak aku pergi ke JPN UTC Kuching untuk buat Kad Pengenalan untuk anak kakak aku iaitu Danish. Alang-alang dah di bumi kenyalang, mak nya mahukan Kad Pengenalan anaknya ada simbol K dekat IC Danish. enang lah nak melancong dekat Sarawak nanti tak perlu buat passport ke Sarawak mahupun Sabah. P/s Untuk mendapatkan huruf K di Kad Pengenalan, salah seorang ibu bapa kepada pemohon MyKad hendaklah lahir di Sabah mahupun Sarawak. 


Apa itu MY12? 
Permohonan Kad Pengenalan kali pertama bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun. 

Apa Syarat-Sayarat Pemohonan? 
Pemohonan berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai 16 tahun. 
Pemohon mesti hadir bersama:-
Ibu/Bapa/ Penjaga (Penjaga adalah datuk atau nenek atau ibu saudara atau bapa saudara atau kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).

Prosedur Permohonan? 
Pemohon dikehendaki hadir ke mana-mana JPN berhampiran bersama penganjur dan membawa dokumen sokong(asal) yang perlu dikemukakan. 


Apa perlu bawa untuk membuat Kad Pengenalan Pertama untuk Kanak-Kanak Berumur 12 Tahun? 
Sijil Lahir/ Sijil Anak Angkat/Borang W/ Sjil Warganegara/ Pengesahan Taraf Warganegara/ Lampiran A (KLOA)/ Passport bagi yang menetap di luar negara. 

Kalau anak saudara aku, kakak aku just bawa mykid dan sijil lahir sahaja. 

Berapa Charga Buat IC Mykad Kanak-Kanak Berumur 12 tahun?
Percuma sekiranya permohonan dikemukakan dalam tempoh 30 hari dari tarikh pemohon genap mencapai umur 12 tahun.

Lepas process bergambar. Staff dekat counter tu akan suruh kita tunggu untuk process membuat mykad tersebut. Selalunya mengambil masa dalam 30 minit. 

Yang bawah ini proses atau cara membuat kad pengenalan MY18 yang berumur 18 tahun ke atas. Malas nak tulis haha. 


Syarat-syarat Permohonan untuk MY18. Prosedur pemohonan My18. Apa yang perlu dibawa untuk membuat My18. Berapa kena bayar untuk membuat MY18?



Yes dah siap. Yang IC bawah tu Danish. Yang atas tu Mama nya. Di pun nak tukar IC jugak. Yang penting ada Huruf K.

Thanks for reading & sharing Amer Jaya |

Previous
« Prev Post

0 Comments:

Catat Ulasan

Comment Anda ?

Popular Posts

AVENGER TEAM

ABOUT ME   |  CONTACT  |  DISCLAIMER
Image may contain: 1 person, smiling
I dont really enjoy blogging but I do love nagging around so why dont i convert it in a good way instead?. I'm not just a blogger, but I'm a traveler and a trader from Kuching. Read more here. Contact Me  amerjaya2016@gmail.com

Bebelan Bertubi