Home » » Percutian Bajet Ke Jong's Crocodile Farm and Zoo Kuching

Percutian Bajet Ke Jong's Crocodile Farm and Zoo Kuching

Posted by Amer Jaya | on Isnin, 20 Ogos 2018

Jong's Crocodile Farm Siburan adalah penempatan buaya terbesar di Kuching,Sarawak. Tidak lengkaplah percutian anda ke Kuching, Sarawak jika anda tidak bertandang ke sini. Jong's Crocodile Farm ini terletak di Siburan dan ia terletak jauh daripada bandaraya Kuching. Jadi kena menjelajah sedikit lah sebab Kuching ini kan besar. Ok. Aku tak nak cakap panjang. Aku just nak kongsikan benda penting dan menarik di tempat ini. 


Bayaran Tiket Masuk Ke Jong Crocodile Farm (Entrance Fee) 
Untuk tahun 2016, harga tiket sudah naik sedikit. Harga adalah seperti berikut Orang Dewasa Sarawak (Sarawakian Adult) RM12.00 dan kanak-kanak asal Sarawak (Sarawakian Children) ialah RM6.00. Manakala untuk pelancong luar bukan penetap Sarawak akan dikenakan caj seperti berikut : Dewasa RM22.00 dan Kanak-Kanak RM11. Semua harga sudah termasuk GST.

Gambar Lama Harga Lama


Pukul Berapa Tempat Ini Beroperasi? (Opening Hour)
Tempat ini dibuka setiap hari dari hari Isnin sampai ke ahad. Tapi macam biasalah. Seperti tempat percutian lain. Hujung minggu tempat ini akan menjadi sesak dengan pengunjung. Tempat ini dibuka pada pukul 9 pagi dan tutup pada pukul 5 petang. 



Persembahan Beri Makan Buaya (Feeding Demonstration Time) 
Kalau nak pergi ke Jong Crocodile Farm. Eloklah anda pergi waktu buaya diberi makan. Waktu beri makan buaya atau Feeding Demonstration ialah pada pukul 11 pagi dan 3 petang setiap hari. Memang seronok melihat aktiviti buaya makan. Kalau tengok buaya dalam kandang mereka hanya baring macam patung. Tapi waktu diberi makan, mereka begerak liar macam di dalam sungai. Memang liar. Saya tiada gambar buaya diberi makan sebab saya pergi selepas masa beri makan buaya.



Crocodile Museum 
Selain daripada kandang dan sangkar buaya. Dalam Jong Crocodile Farm ini juga terdapa mizum buaya. Muzium ini adalah satu-satunya muzium buaya yang ada di Malaysia. Di dalam muzium ini terdapat banyak tengkorak/tulang buaya dan yang paling menariknya tengkorak Bujang Senang juga ada disini. Dan banyak lagi tentang buaya yang ada dalam muzium ini seperti telur buaya, dan sarang telur buaya.

Ada Binatang dah Haiwan lain.
Selain daripada buaya, terdapat banyak lagi haiwan-haiwan menarik yang ada disini. Haiwan lain seperti, landak, beruang, burung merak*(ke burung kakak tua,lupa pulak) dan banyak lagi. 

Thanks for reading & sharing Amer Jaya |

Previous
« Prev Post

0 Comments:

Catat Ulasan

Comment Anda ?

Popular Posts

AVENGER TEAM

ABOUT ME   |  CONTACT  |  DISCLAIMER
Image may contain: 1 person, smiling
I dont really enjoy blogging but I do love nagging around so why dont i convert it in a good way instead?. I'm not just a blogger, but I'm a traveler and a trader from Kuching. Read more here. Contact Me  amerjaya2016@gmail.com

Bebelan Bertubi