Assalamualaikum readers sekalian. Harap sihat selalu. Hari ini aku nak share beberapa tips untuk kempiskan perut. Orang selalu tegur aku. Amer ni makan banyak badan susah naik. Badan maintain je. Tapi ada hari membesar juga badan ku ini disebabkan tak amal tips kempiskan perut. Ok tips dia simple sahaja. 


1. Minum Duduk 
Ini ikut sunnah Nabi lah yer. Minum tu kena duduk. Kau google kenapa harus minum duduk. Mesti ada jawapan nya. 


2. Tahan Nafas Ketika Minum. 
Kau minum ketika bernafas boleh menyebabkan kau minum serta angin sekali masok yang menyebabkan gas gas jahat masuk sekali dalam badan which lead tu kembung perut. Eh dapat pakai ke theory ini? Haha. 


3. Elak Minum 30 Minutes Sebelum atau Selepas Makan. 
Pandai-pandai kau lah nak estimate berapa minit. Selalu nya aku tak minum selepas atau sebelum makan. Selepas makan, aku akan tunggu dalam 15 minit sehinggi 30 minit baru aku minum. Dekat restaurant pun selalunya aku tak order air. Tapi kawan aku paksa aku order air siap mereka nak belanja lagi aku. Dorang ingat aku tiada duit. Haha. 


4.  Jangan Baring Selepas Makan.
Tunggu lama sikit dah hilang rasa kenyang itu barulah kau baring. Elaklah tidur selepas makan. Kalau nak tidur juga. Baring mengiring ke kanan. Ikut sunnah nabi. Aku dah baca sebab kenapa. Tapi aku tak tahu nak explain lagu mana. Jadi, untuk elak tekanan pada perut, better tidur mengiring ke kenan. 


5. Minum Teh Hijau. 
Aku tak sangka pulak teh hijau ini membantu mengempiskan perut. Sebab perut aku memang dari dulu tak ada masalah perut buncit. Alhamdulillah. Aku minum teh hijau sebab nak turunkan berat badan. Rupanya teh hijau ini boleh kempiskan perut. Ada kenalan aku ini dia menghadapi masalah perut buncit. Aku tengok dia amalkan teh hijau. Memang kempis juga perut dia. 


6. Senaman Turun Naik Bangku atau Tangga. 
Selain dari senaman ketuk ketampi ada push up. Senaman naik turub bangku atau tangga memang membantu sebab senaman ini memberi tekanan  pada bahagian perut dan bahagian paha.

7. Minum Air Asam Jawa
Ok. Ini tip yang aku baru tahu dari Facebook. Minum Air Asam Jawa. Selalunya aku minum air asam jawa ini untuk buang panas ketika demam sahaja. Ada khasiat lain rupanya. Caranya macam ini. 

Ambil sedikit asam jawa, bancuh di dalam segelas air yang panas(agar asam jawa mudah larut). Biarkan semalaman. Keesokan paginya, selepas bangun tidur, minum air bancuhan asam jawa itu tadi. 

Amalkan setiap hari, kau akan rasa tubuh kau bertambah segar dan langsing.