Cara Cepatkan Rambut Tumbuh dan Melebatkan Rambut Dengan Kuning Telur

Tips cepatkan rambut tumbuh dengan kuning telur. Alamak. Barber tersalah potong rambut aku. Pendek gila. Teringat kisah aku dulu. Aku stay rumah kakak aku dekat klang dalam 2 bulan camtu. Aku memang takut nak cuba kedai gunting lain sebab aku dah jumpa kedai gunting aku sendiri di kuching. Tapi rambut aku terlalu panjang dan aku pun terus pergi ke kedai gunting rambut terdekat di taman perumahan kakak aku. Lets cut it short, barber itu gunting pendek sependek nya rambut aku. Dari situlah bermula hidup aku suka memakai topi.


Tak lama lagi nak raya. Aku tak pandai nak bawa rambut pendek ini tapi selesa jugak. Jadi aku amalkan tips atau petua untuk lebatkan rambut. Caranya mudah sahaja dengan menggunakan kuning telur. 



Aku pecahkan telur tu dan ambil telur kuning dia. Memang bau nya menyucuk hidung lah. Nak rambut cepat tumbuh punya pasal.  Aku basuh dulu rambut aku biar bersih guna shampoo. Lepas itu aku keringkan sikit rambut (jangan kering sangat). Lepas itu barulah aku lumur telur kuning itu tadi dan ratakan di setiap helai rambut aku. Dah ratakan. Tunggu selama 30 minit. Kalau dah rasa keras je rambut tu. Barulah pergi bilaskan rambut dengan shampoo dan air yang bersih.   Amalkan 2 kali dalam seminggu. Insha Allah cepat tumbuh. 

Baca juga:

Tags:

1 Comments

avatar

pernah coba tok dlok tp x konsisten.. hehe. kinek rambut dah kurang.. hehehe

Balas delete

Comment Anda ?

Emoticon