Ok. Aku ni paling malas nak cuci kereta. Jangan diikut lah perangai aku. Dalam sebulan aku cuci sekali je. Tu pun kalau kotor sangatlah. Kalau belum kotor hehe. Tutup mata. Tapi kadang-kadang rimas juga driving kereta kotor ni.



Hari ini aku decide nak cuci kereta sambil2 tu aku ambil gambar cara mudah aku wax kereta. Dulu aku cuci kereta lepas tu aku tak satisfied tak puas hati kenapa kereta aku ni tak bersinar bak mutiara. Then kakak aku suggest wax kereta. Newbie lagi aku wax dengan cara yang susah dan payah membuatkan aku malas nak wax kereta. 



Tak lama kemudian aku tahu satu tips mudah nak wax kereta and bertahan lama. Selalunya aku akan wax sekali dalam sebulan. Kalau aku malas aku wax sekali dalam masa 2 bulan haha. Caranya mudah sahaja. 



1. Cuci kereta dari kotoran degil. Gambar bawah tu kereta dah cuci. Lupa pulak nak ambik sebelum cuci.

2. Pastikan anda ada wax. Kalau tak ada, pergi beli mana-mana wax yang anda rasa sesuai dengan kereta anda.  Aku pakai Kit Metalic Coat. Aku hentam sahaja haha.

3. Keringkan kereta. Selepas kereta kering. Ambil Kain bersih. Aku guna baju lama yang tak diguna. Makesure baju yang tak jenis berdebu. Baju yang tak jenis berbulu. Tak tahu nak explain lagu mana naa.

4. Letakkan wax di atas pemukaan kereta dan anda ratakan wax tersebut menggunakan kain bersih tadik. Ratakan semua tempat. Kalau dapat tekankan biar wax lebih sebati di pemukaan kereta.

5. Selepas anda selesai waxing anda. Anda jemurkan kereta anda di bawah cahaya matahari. Ini tips yang kawan aku share. Lagi lama lagi bagus. Selalunya aku biarkan satu jam. 




6. Selepas anda jemur kereta itu tadi, boleh lah final touch dengan mengosok kain bersih di pemukaan kereta anda. Gosok sampai bersih sampai hilang bekas tompokan wax tu. Anda akan amaze mudahnya wax tu tanggal ketika digosok. And selepas digosok. Memang terbaik lah. 





7. Jeng jeng jenggg. Puas hati. dah macam cermin dah. :D Kalau lepas anda dah selesai buangkan wax dengan menggosok dengan bersih. Anda rasa nak jemur lagi. Silakan :D.

8. Dalam masa sebulan. Kalau kereta Anda kotor. Cuci macam biasa. Tak yah wax. Just lap dan keringkan dengan kain bersih. Kereta anda masih bersih macam kereta baru beli. 



Jika ada sebarang pertanyaan dan pandangan, silalah comment di ruangan comment dibawah.