tempat makan best
Jom Pergi Chicken Hartz Buffet Sarawak Plaza
Chicken Hartz Buffet Sarawak Plaza Tempat Makan Buffet Best Di Kuching. Malam tadi. Aku dengan member aku pergi Chicken Hartz Sarawak Plaza. Tempat wajib untuk member satu kelas aku lepak kalau nak meraikan apa-apa event. Jadi malam tadi kami meraikan hari konvokesyen kami. Jadi aku ada idea lah nak update tentang Chicken Hartz Restaurant ini untuk orang-orang sekitar Kuching.

Aku tahu ramai penduduk Kuching sudah tahu kewujudan Hartz ini. Tapi, semakin hari semakin mahal bayaran masuk ke dalam Hartz ini. Mungkin mengikut peredaran zaman.
Banyak juga soalan bermain di minda tentang mana satu Hartz best lagi? Sebab dekat Kuching ini terdapat dua restaurant Chicken Hartz iaitu di Sarawak Plaza dan area Satok.

Bagi aku lah kan. Hartz satok best lagi. Sebab banyak pilihan dan tak ramai orang. Tapi kawan-kawan aku tak suka pergi Hartz satok. Then aku terus pilih Hartz Plaza Merdeka.
Ok berapa harga masuk Chicken Hartz Restaurant:
Harga masuk adalah seperti beriku :
Adult /Dewasa: RM22.50
Child/Kanak2: RM11.20
2year and above : RM7
Toddler/Bayi : Complimentary/Free.
Harga Happy Hour Chicken Hartz
Ok benda ini selalu aku terfikir. Pukul berapa erk happy hour ini ada. Aku terus tanya pekerja kat sana untuk mengelakkan aku musykil di masa hadapan. Jadi bayaran masuk ke Hartz pada Happy Hour ialah RM19 untuk dewasa. Happy Hour hanya pada hari Isnin-Jumaat pada pukul 2 petang hingga 4 petang.
Waktu Chicken Hartz Restaurant Beroperasi:
Business hour. Monday to friday 10.30am till 10pm. Sat sun dan public holiday 10am to 10pm.
Banyak menu disedikan disini. Buffet katakan. Benda favourite aku kalau datang sini ialah Ayam Goreng dia. Memang legend lah ayam goreng dia. Kfc pun kalah. Itu dulu lah. Sekarang ada rasa kurang sikit rasanya.


Catat Ulasan
1 Ulasan
orang kuching duhal.. hehe. lamak x makan cya..
BalasPadamJangan segan-segan comment dibawah