Teh Herba Orang Kampung Dan Teh Hijau Membantu Menguruskan Badan.




Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau.  Hari ini aku nak kongsikan tips,kebaikan, testimonial, dan cara Kurus dengan Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau Boh. Tanpa disedari aku juga nak memberi feedback dan review Teh Herba Orang Kampung dan Teh Hijau boh. Adakah produk ini berkesan menguruskan badan. Pembaca blog dan pelawat blog. Mungkin anda tertanya-tanya keberkesanan teh herba orang kampung dan teh hijau berkesan atau tidak untuk menurunkan berat badan. Hari ini aku nak review 2 produk ini. Teh herba orang kampung dan teh hijau boh. 


Teh Herba Orang Kampung
Kita mula review tentang teh herba orang kampung. Aku tidak pernah consume atau minum air teh hijau ini sebab aku tak nak banyak sangat amal benda lain untuk kurus. Aku ada kurus cara sendiri. Bak kata orang, lain orang lain caranya.

Aku nak bercerita tentang kakak aku. Kakak aku ini pengamal setia Teh Herba Orang Kampung. DIa selalu suruh aku pergi beli Teh ini dekat mana-mana kedai jamu. Kakak aku ini nak masuk training polis. Menjadi satu keperluan untuk dia menguruskan badan. Jadi apa yang aku tengok rahsia dia kurus adalah dengan meminum teh orang kampung. Apa yang aku perasan dengan perubahan dia ialah badan semakin susut atau kurus, timbang menurun dari 90 hingga ke 85. (Berat sekarang waku training 75kg). Tahniah.

Kesan sampingan minum air teh ini ialah anda akan kerap ke jamban untuk membuang air besar. Kakak saya selalu akan minum teh orang kampung ini selepas dia puas makan untuk cheat day. Esok harinya umpama dia melepas membuang semua yang dia makan malam semalam. Untuk melajukan proses pembakaran lemak. Kakak aku ada juga jogging dan buat exercise sikit. Memang teh orang kampung ini memang membantu kakak aku turun berat badan. Kakak aku ada juga membuat review tentang Teh Herba ini . Kakak aku siap letak gambar sebelum, dan selepas dia mengamalkan teh orang kampung ini. Bak kata dia, teh herba orang kampung ini juga boleh menyelesaikan masalah bau badan. Dia membuang toksin dalam badan dan membuang bau badan. 

teh-hijau-boh-murah
Teh Hijau Boh

Teh Hijau
Aku sudah lama minum air teh hijau ini. Dulu aku cari teh hijau lipton. Tapi aku tak jumpa. Yang aku jumpa boh sahaja. Jadi aku belilah teh hijau boh. Memandangkan teh ini berkesan menurunkan berat badan aku. Aku pun terus minum air teh hijau boh ini. Aku tahu waktu final exam berat badan aku mudah naik. Selepas final exam aku akan amalkan minum teh hijau. Serious memang berkesan. Orang sekeliling akan tegur. Eh dah kurus dah kau sekarang. Padahal kau rilek je tak stres pasal berat badan. Makan pun macam biasa. Tapi tiba-tiba orang cakap kita kurus. Kau pun tak perasan berat kau turun atau kurus.

Jadi aku cadangkan kepada kau untuk mulakan amalan meminum teh hijau. Aku waktu aku rasa aku gemuk je aku minum air teh hijau ini. Kalau rasa dah kurus aku berhenti. Kalau nak amalkan. Minum 3 cawan (1 cawan / 1 uncang teh) dalam sehari. Tapi aku kalau rasa malas. Aku akan minum 2 atau 1 cawan sehari. Pagi dan petang. Jangan lupa minum air kosong yang banyak juga. Cara membuat teh hijau ini senang sahaja. Kau ambil satu uncang teh letak dalam cawan (semakin besar cawan atau gelas semakin bagus) dan letakkan air panas. Biarkan teh itu berendam dalam air panas. Kalau dah sejuk boleh lah minum. Ini untuk memastikan teh itu sebati dengan air panas itu tadi. 


Maafkan penggunaan aku dan kau dalam entry. Rasa kekok dan awkward bila menggunakan bahasa saya dan awak. Jika ada pertanyaan. Sudi-sudilah comment dekat bawah. Free je tak perlu bayar. 

Baca juga:

0 Comments

Comment Anda ?

Emoticon