3 Sebab Malas Berblogging Kena Elak

Oh pembaca blog? Masih adakah dikau berdamping dengan blog aku yang menjadi artifak muzium ini? Kalau ada. Kau memang hebatlah. Aku sudah lama meninggalkan dunia penulisan dek sibuk dengan alam perkerjaan. Masih banyak benda kena belajar. Tanpa ku sedari art aku dalam menulis mula terhakis dan menyebabkan aku sukar untuk berkaryawan dalam blog ini sendiri. Sembang banyak tak guna. Aku nak share 3 sebab utama kenapa aku tak berblogging. 




1. Matlamat blog kerana DUIT. 
Tipu lah wei. kebanyakkan nya aku tengok orang berblogging ni sebab duit duit. Ehek? Ke aku je rasa camtu? Ye lah sebelum ni aku masyuk gila blog aku tiap2 bulan jana duit. Tapi sekarang bila aku dah mula busy dengan career. Pendapatan blog pun merudum. Aku pun terus tak motivated nak menulis blog. Mungkin aku kena tukar matlamat berblogging kepada mencari kawan, mencari ilmu, menimba pengalaman dan banyak lagi. Mungkin ini adalah rahsia kenapa ada blogger yang bertahan dalam dunia blogging ini walaupun mereka sudah berumahtangga dan berkerjaya. Time management aku masih kelaut. 

2. Perasaan Ade Ke Orang Nak Baca? 
Selalu bermain di fikiran aku. Ade ke orang nak baca kalau aku share? Seriously amer waktu kau mula-mula berblogging dulu ko fikir camtu ke? Kau pun dah up satu posting yang menengahkan long term achievement iaitu ko post hari ni ambik masa seminggu dua baru dapat sambutan. Kalau nak short term. Kau buatlah entry merepek. Bagi tajuk post cliche sikit lepas tu spam dalam facebook. Memang traffic naik mendadak. Tapi untuk sehari je? Apa gunanya. 

Jadi. buat post yang baik dan hasil yang bagus. Dan makesure pandai bermain dengan SEO. Tapi google sekarang bijak. Dia nampak blogger ni try hard sangat ngan SEO. Terus blog tu tak terindex dalam search engine. Ha padan muka. 

p/s  ilmu SEO aku gila kelaut. Aku rasa memang back to basic. Event dalam post ni pun aku tiada guna SEO. 

3. Mood Berblogging Kelaut. 
Yes. Bila kau dah penat pergi kerja. Kau akan rasa balik rumah nak tidur je. Buat benda apa yang patut baru kau tidur. Nak berblogging? Selamat tinggal. Kadang-kadang aku terfikir jugak macam mana orang lain boleh berblogging erk? Padahal dah bekerja kot. Dorang tak penat ke? Aku kena kaji benda ni aku kena belajar time management mereka. Memang hebat. 

I love my career. So aku akan focus ngan kerjaya aku. Blog? Hanyalah hobi. Aku buat bila aku ada masa. Banyak kebaikkan berbloggng ini yang ramai orang tak tahu. 

Jadi itulah 3 sebab utama bagi aku kenapa kita tak nak berblogging. Ok lah. Memandangkan blog aku ni macam hidup segan mati tak mahu. Aku nak hidupkan balik blog ini. 

Baca juga:

0 Comments

Comment Anda ?

Emoticon