Home » , » 5 Tips Buat Post Blog Tentang Restaurant @ Tempat Makan

5 Tips Buat Post Blog Tentang Restaurant @ Tempat Makan

Posted by Amer Jaya | on Ahad, 4 November 2018

Siapa suka makan luar angkat tangan? Padahal kat rumah boleh je masak sedap-sedap tapi disebabkan not gifted to be a good cheff we use shortcut just go to the nearest restaurant to fuel up our energy. Kadang-kadang terfikir juga, sayangnya tak update dalam blog tentang tempat makan ni. Boleh promote tempat makan ni, kita bantu orang mudahkan urusan orang, nanti Allah mempermudahkan urusan kita. Tapi itulah, idea nak blog pasal kedai makan tu tak tahu nak start macam mana. ok sini mai abang ajar. padahal aku pun nak ulangkaji balik ilmu blog pasal kedai makan ini. 


1. Nama Restaurant dan Gambar Restaurant. 
Sebelum kau masuk kedai makan tu, makesure kau ambik gambar kedai makan tu dari luar. Bolehlah letak first gambar dalam blogpost. So tiadalah kes lupa nama kedai. Eh apa nama kedai aku makan tadi erk? Lupalah nama. Taknak lah post haha. kan dah hilang mood blogging. 

2. Order Menu Meletup. 
Aku tahu kau suka makan nasi goreng kampung telur dadar. Haha. senang tak pening fikir. Tapi cuba tanya orang kedai tu. Ape menu special sini. Saya nak cuba. At least ada benda yang special korang leh post dalam blog korang. Kalau setakat nasik goreng kampung 2.0. Mana-mana kedai pun ade kak oi. 

Buat review ikhlas sikit tentang makanan yang korang makan tu. Sedap atau biasa-biasa sahaje? Aku dulu ade gak pergi kedai makan dimana makanan nya memang tak sodap. Aku up jugak dalam blog. Tapi aku rasa macam tabur pasir dalam tong beras orang haha. Jadi aku buang post tu. 

3. Ambik Gambar Menu. 
Ni boleh gak untuk penuhkan artikel post korang. At least bila orang cari tentang kedai makan ini dalam google, dorang leh tahu menu apa jugak boleh dimakan kat kedai tu. Haa memudahkan urusan orang. Tapi makesure mintak kebenaran tokey kedai sebelum ambik gambar menu tu ok. :D 

4. Lokasi Kedai. 
Seeloknya dalam blog, letaklah lokasi kedai tu kat mana. Kalau rajin buat maps siap-siap. Tu kalau rajinlah. Kalau tak korang share maps location kedai tu. Orang boleh tekan link tu melalui handphone dorang sahaja. 

5. Operasi Hour Kedai. 
Kebanyakkan orang search google tentang kedai makan ni sebab nak tahu kedai ni bukak bila erk? Haha. Kalau boleh operatin hour tu letak kat awal-awal post. 

P.s Boleh tengok post aku ini berkenaan dengan kedai makan. Short and Sharp. Padat.  AnC Burger Kuching

Thanks for reading & sharing Amer Jaya |

Previous
« Prev Post

1 Comments:

Popular Posts

AVENGER TEAM

ABOUT ME   |  CONTACT  |  DISCLAIMER
Image may contain: 1 person, smiling
I dont really enjoy blogging but I do love nagging around so why dont i convert it in a good way instead?. I'm not just a blogger, but I'm a traveler and a trader from Kuching. Read more here. Contact Me  amerjaya2016@gmail.com