U Mobile GX50 Ni Berbaloi ke? Ini Pengalaman Aku!

U Mobile GX50
Hai pembaca blog. Namaste dilwali hey. Esok nak deeepavali. Kali ini aku nak buat review sikit tentang pelan postpaid yang aku pakai sekarang iaitu GX50 umobile. Adakah iklan ini sponsored post ? Tidak sama sekali. Siapa nak bayar blog aku wei viewer x sampai 100 pun harian haha. 


U Mobile GX50 Ni Berbaloi ke? Ini Pengalaman Aku! 

Aku dah pakai GX50 ini dah lama. Tak adalah lama mana. Bulan 7 2018 ni kot. Aku bertukar. Sebelum ini aku pakai prepaid wei. Nak save budget punya pasal and malas nak bayar bil bulanan. Tapi bila dikira balik bila aku melanggan internet, buat call guna prepaid nye. Mak ai mahal gila total up lebih rm50 lebih jugak lah.


So aku terpandanglah iklan GX50 ini di twitter mahupun facebook. Jadi hati aku terpanggil untuk buat research pasal telco ini. Aku bukak comment kat fb. Banyak wei negative feedback. Cakap line tak ok. Tak guna unlimited tapi tiada line. 


So aku tabahkan hati. Aku subscribe juga GX50 Umobile ini. Dengan niat, tak apalah line slow pun asal ada internet. Tak apalah internet slow pun asal dapat call free. Sebab pekerjaan aku sekarang perlu banyak calling. 


After menggunnakan GX50. 
Berbaloi bagi aku. Aku dulu kursus dekat area Bandar Kinrara Puchong. Laju wei internet dia. Takdalah lambat mana. Maybe area tu laju kot. Bila aku balik manjung perak lawat kakak aku. Pun boleh tahan kelajuan internet dia. 


Bila aku balik kampung kat Kuching Sarawak. Rasa nak nangis wei terharu. Bayar 50RM je, dekat kuching pun line dia laju. Alhamdullilah. Dekat rumah kampung aku family aku ade langgan UNIFI. Selalunya aku akan pakai line umobile je untuk online. Haha laju wei tak kisah pun pasal kuota sebab UNLIMITED kan.


Sebab aku satisfied gila dengan service umobile ini. Aku pun promote dengan rakan sekerja aku dan dengan kawan-kawan aku. Aku tak boleh wei dapat benda elok sorang-sorang. Rasa rugi pulak kalau tak share.


Itu sahajalah bebelan aku kali ini. Haha. 

Baca juga:

0 Comments

Comment Anda ?

Emoticon