Sebab Aku Perlu Beli Kereta Bezza. Teringat waktu aku mula-malu masuk alam pekerjaan. Aku dilema gila nak beli kereta apa. Untuk pekerja yang baru seperti aku kena lah bijak mengatur duit. Aku tahu jiwa muda aku ini perlukan hiburan. Jadi duit diperlukan sangat-sangat. Di bawah ini aku akan ceritakan 5 sebab best memiliki perodua bezza ini. 


1. Save Minyak Kaw-2/ Jimat Minyak. 
Seperti yang anda sedia maklum, kereta perodua memang lah save minyak. Tapi bezza ini sumpah berbaloi. Dah lah badan dia besar gedabak camtu tapi boleh juga save minyak. Seriously? Yes. Aku akuinya. Berbeza dengan kereta keluaran lain seperti Vios, City memang berasa sikitlah penggunaan minyak dia. 

2. Boleh tahan laju. 
Memang lah laju. Boleh je pergi 180kmh. Aku selalu lenjan kereta bezza aku sampai 180kmh. Tapi bahaya jugak. Rasa nak terbang jugak. Kereta ini tak padan untuk bawak laju. Bawak santai-santai ok lagi. Kelajuan ok untuk bezza ini ialah bawah 140KmH kot. 

3. Ruang Yang Besar. 
Semestinya. Ini sebab aku terus jatuh cintah. Rupa macam kecik tapi besar. Ruang letak bagasi atau bonet dia. Aduh memang memuaskan hati. Bayar murah tapi dapat benda yang sangat berpatutan. Bila nak pindah tempat kerja? Bezza? Tiada masalah. Rumah begerakku.

4. Design Yang Lawa. 
Ikut citarasa masing-masing. Bagi aku design bezza ini lawa. Comel. Tapi aku lebih minat design axia sebenarnya. Akan tetapi bonet bezza besar. Tanpa befikir panjang aku terus beli bezza. 

Nak modified sikit kereta tu. Tak makan banyak mana duit. Kalau rasa macam nak bagi lawa sikit kereta tu. Tambahlah body kit. Dalam Rm700 camtu dah lawak. Rim pula tunggu dapat bonus baru tukar rim yang selesa sikit. Senang nak lenjan di highway. Laju-laju nak kemana? 

5. Maintainance murah. 
Ini lah yang paling best. Dikala rakan-rakan seperjuangan tengah kusut fikir mana nak cari duit lebih untuk pelihara* kereta mahal aku ini. Tidak untuk aku. 

Untuk service kereta aku bezza aku. Aku hanya senyum sahaja. Service pun bajet below RM300. Baru-baru ini aku service 10,000KM baru RM170 macam tu. 

Bayar bulan pulak RM540. Senyum banyak lah. Lepas tu bila tiba birhtday kereta, bayar insurance dan roadtax. Below RM1.5K. 

Jadi. Kepada anda-anda yang dilemma untuk membeli kereta first car. Tak rugi memilih untuk memiliki kereta bezza. Bila pendapatan dah stabil nanti upgrade lah ke Audi. Haha. Tapi selalunya orang bila dah stabil dia makin jatuh cinta kat first car dia sebab dah selesa. Malas nak pening kepala. 

Itu sahaja bebelan aku pada malam ini.