Home » , » Cara dan Tips Menabung atau Simpan Duit 2019 Bagi Yang Susah Nak Menabung.

Cara dan Tips Menabung atau Simpan Duit 2019 Bagi Yang Susah Nak Menabung.

Posted by Amer Jaya | on Sabtu, 1 Disember 2018

Perlukah cara menabung 2019 tu? Haha. Ok aku nak buat short and sharp entry pasal menabung. Semua sedia maklum bertapa pentingnya menabung ini akan tetapi masih juga tak percaya penting nya ada wang simpanan ini. Eh apa beza simpanan dan tabung? Eh merepek. 



Kebanyakkan artikel mahupun buku aku baca pasal menyimpan duit ini lebih kurang sama sahaja. Pokok pangkal nye dekat kita. Kita ni kalau tiada kesedaran menabung kau bagi lah gaji besar mana, kau baca lah artikel banyak mana. Masih juga sama habis dibelanja nye duit untuk berboros. 

Cara simpanan aku ini mungkin macam regime zionis sikit. Tetapi untuk masa hadapan. Ok jum kita ke tips untuk  menabung atau simpan duit. 


1. Matlamat kena jelas. 
Hoi. Tak kan nak menabung saja-saja. Set matlamat. Kau menyimpan untuk apa. Makesure jangan banyak sangat matlamat nanti kau pening. Haha. Buat tabung. Tak kesah lah tabung dia khayalan dunia impian.  Terpulanglah nak transfer duit gaji atau duit ptptn tu ke tabung haji ke or ke saving bank lain. 

Antara matlamat boleh pakai:
- Menabung untuk kumpul 10% duit beli rumah. 
- In case of emergency. 

Dua je kan aku list. Kepada graduan yang baru bekerja tu. Save lah gaji anda. Jangan buat dosa kewangan seperti. Alah next year lah aku mula saving. Aku baru masuk kerja ni masa ni lah nak enjoy. Pak hang. Nanti menyesal tak sudah. Baca buku hipster hartanah wah best nye budak ni beli rumah. Aku nak beli rumah.Survet rumah ada rumah murah, pi bank nak buat loan tak lepas takde 10% downpayment untuk rumah. Haaa kan melepas. Simpan wei. 

P/s Katakan rumah teres belakang rumah kau RM150,000. So? 10% kau kena ada Rm15,000 je. Kalau ada simpanan kan senang , beli dan sewa. 


2. Buat Loan ASB. 
Talking about ASB. Ramai dah facepalm. Takde ilmu pasal ASB? Aku dulu pun takde. Sekarang baru nak terhegeh-hegeh nak ke bank. Belajar pasal selok-belok ASB.  Kau nak ke tak nak? Aku tak ajar ASB kat sini. Dekat FB bersepah orang ajar pasal mencarum di ASB. So bila dah buat loan asb. Automatik gaji kita dipotong setiap bulan. Ikut berapa ribu loan asb korang buat. The more the merrier. Ini simpanan paksa kata orang. 

3. Asing siap-siap Simpanan dan Perbelanjaan. 
Gaji masuk je. Asing siap-siap berapa kau nak saving. Ikut kemampuan. Selalu orang suruh simpan 20% dari gaji. Ape kata kau guna cara kau simpan 30%?. 

Asing siap-siap. Berapa RM nak bagi kat family, berapa RM bayar kereta, api air, kediaman dan lain-lain. Duit saving letak asing ke account lain. Takut nanti terbelanja duit tu. Makesure simpanan tu jangan sesekali dicampur dalam satu account. Tu akan membuatkan kita rasa macam eh banyak nya duit aku. Meh shopping. Padahal yang kena belanja tu duit saving. Alahai. 


4. Sekat NAFSU. 
Nafsu memang banyak kena lawan. Nafsu shopping, masa ni nak hadiahkan diri sendiri, wei hadiah pak hang, dah bertimbun baju dalam almari tak nak pakai pulak. Kasut dah boleh bagi pak cik lipan pakai dah. So stop shopping, fikir perlu ke tak aku beli. 

Sekarang ni aku sekat nafsu aku untuk membeli tv untuk letak dalam bilik aku duduk ni. Ye lah bosan kan xde hiburan. Tak apa, aku ada handphone dan laptop. Guna apa yang ada dahulu. 

5. Berjimat. 
Hahahahahaha. Yes berjimat. Kalau pagi dapat makan oat, tengah hari makan lauk bawah RM5, malam makan telur je. Eh ni aku fail. Pasal makanan aku fail. Pandai-pandai korang lah berjimat kat makanan ni. Haha 

Tapi kalau dobi, aku akan basuhkan sendiri baju baju seluar semua tu. Memang jarang aku pi basuh kat dobi layan diri. Kalau basuh kat dobi pun, aku akan basuh je, kering kat bilik. Save RM4. Kalau basuh sendiri, save RM10. hahahaha. 


Sebenarnya susah juga nak membuat simpanan ni. Aku akui nya. Tapi marilah sama-sama menyimpan untuk masa hadapan. :D 

Thanks for reading & sharing Amer Jaya |

Previous
« Prev Post

2 Comments:

  1. Bagi kak PC...sekat nafsu tu kunci utama..kalau boleh kawal nafsu..insyaAllah tabungan walau sikit boleh dilakukan.

    BalasPadam

Popular Posts

AVENGER TEAM

ABOUT ME   |  CONTACT  |  DISCLAIMER
Image may contain: 1 person, smiling
I dont really enjoy blogging but I do love nagging around so why dont i convert it in a good way instead?. I'm not just a blogger, but I'm a traveler and a trader from Kuching. Read more here. Contact Me  amerjaya2016@gmail.com