Home » , » Nak Beli Bezza Ke Myvi 2019? Mana satu berbaloi lagi?

Nak Beli Bezza Ke Myvi 2019? Mana satu berbaloi lagi?

Posted by Amer Jaya | on Sabtu, 1 Disember 2018

Hello pembaca blogku. Kali ini aku nak mengupas satu issue yang selalu membelengu pekerja yang baru masuk alam pekerjaan. Dah bagus dah pilih kereta ikut kemampuan. Tapi nak beli myvi ke bezza? Mana satu ku jadi keliru. 


Sebenarnya mudah je. Kalau anda seorang yang suka pada kelajuan yang selesa pilihlah myvi. Kalau anda pilih kelajuan yang sederhana tapi ruang kereta yang luas bezza semestinya pilihan anda. 

1. Kelajuan yang selesa. 
Kenapa aku cakap kelajuan yang selesa? Yes. Bezza juga boleh dipandu laju. 1.3cc kot?. Lainlah kalau ada yang ambik 1.0cc. Masih laju juga. Tapi bagi aku, nak sedap bawak laju, belilah myvi. Syok woo pecut kereta naik genting guna myvi 1.5cc cukup selesa. 

Habis tu? Bezza tak best ke pecut. Aku pengguna bezza. Hihi. Aku dah 2x naik genting guna bezza 1.3 aku tu. Memang dapat naik bezza tu ke puncak Genting Highland. Tapi akan tetapi. Memang semput jugak. Memang sampai ke lantai aku tengan minyak tu. 

P/s bila pecut guna myvie sampai 150kmh masih tak terasa bergoyang nye. Tapi bezza? 130kmh dah rasa melayang layangnye. Tapi haha aku lenjan je bezza aku sampai 150kmh selalunya. 

2. Besarnya ruang kereta. 
Haa sebab aku pilih untuk memiliki bezza. Aku sedar, pekerjaan aku, memang akan pindah randah macam nomad. Dalam setahun tak confirm aku stay tempat ini. Confirm pindah ke tempat baru. So aku pilih bezza mudah aku nak pindah. 

Ruang dalam bezza memang gempak gila besar. Orang cakap dalam bezza tu besar Axia. Aku tak setuju sebab bezza lebih luas lagi dari Axia

Disini memang myvi kalah lah. Dalam myvi memang luas. Tapi? Ruang simpanan bagasi atau bonet dia memang cenonet. Jadi? Kalau nak berfamily tu! Pilihlah bezza. 

Semua barang boleh letak dalam Bonet je. 

3. Minyak Bezza Lebih Jimat. 
Ye lah. 1.3cc kot nak dibandingkan dengan 1.5 myvi. Tapi adakah ini betul bezza lebih jimat? Anda setuju? Saya setuju. 

4. Myvi lebih mahal dari bezza. 
So myvi mahal wei dari bezza. So bayaran bulanan tambah 100 lebih camtu. Dari bayar 100 lebih ke myvi. Bagus buat simpanan asb atau loan asb. hihi. 


Terpulanglah dengan cita rasa masing-masing. Yang penting hati ini gembira menggunanya. Kadang-kadang sebagai pengguna bezza. Cair gak aku bila tengok myvi baru 2019 dimake up di modified lawa. Perghh.

Thanks for reading & sharing Amer Jaya |

Previous
« Prev Post

0 Comments:

Catat Ulasan

Comment Anda ?

Popular Posts

AVENGER TEAM

ABOUT ME   |  CONTACT  |  DISCLAIMER
Image may contain: 1 person, smiling
I dont really enjoy blogging but I do love nagging around so why dont i convert it in a good way instead?. I'm not just a blogger, but I'm a traveler and a trader from Kuching. Read more here. Contact Me  amerjaya2016@gmail.com