Tips Mudah Untuk Melancong Murah dan Bajet

11:57:00 PG









Tips Mudah Untuk Melancong Murah dan Bajet. Assalaammualaikum dan selamat tahun baru pembaca blog. Pernah tak terfikir macam mana seseorang itu boleh pergi melancong selalu? Banyak betul duit dia. Dorang duit lebih kurang macam kita je. Just, dorang lebih bijak mengatur perbelanjaan mereka untuk kesana kesini melancong. Tahun 2019 ini adalah tahun melancong aku. Jadi? Aku nak share beberapa tips untuk ada duit mencukupi untuk melancong. 



1. Melancong dalam kumpulan. 
Dulu kalau boleh aku nak melancong seorang diri. Lebih peace of mind and mencabar. Tapi? Ada tak aku melancong tu? Haha. Paling komang pun aku berjalan di bandaraya Kl sorang-sorang. Tu je lah achievement aku. 

So, melancong secara in group ini memang membantu sangat dalam kurangkan bajet perbelanjaan melancong kita. Contohnya, duit minyak kereta boleh dikongsi-kongsi. Duit tol juga boleh share bayar. Kalau seorang bayar memang koyak juga. Duit hotel lagilah best boleh bahagi empat untuk satu bilik hotel. Tapi pandai-pandai korang lah tak kantoi dengan pihak hotel haha. 

2. Book Hotel Awal. 
Tahu, lama lagi nak pi. Tapi set satu tarikh. Dimana tarikh tu ramai boleh cuti. Macam kes aku, cuti tahun baru cina menjadi target. Tak tahu sama ada jadi ke tak. Aku tetap book hotel online awal-awal. Biarlah takut burned. At least kita dapat harga yang murah. Jika book awal satu bilik hotel boleh dapat dengan harga RM50 semalam. Kalau last minit beli, memang kau kena bayar lebih lah untuk hotel. P.s lagi pun untuk book hotel, tak payah bayar dulu, nanti tiba dekat counter hotel baru bayar. Gunalah booking.com. 

3. Bekal Makanan Segera. 
Ok ni terlampau bajet. Kalau jalan-jalan kat malaysia tak perlu kot nak berbekal ni. Tapi kalau luar negara, kena gak do. Memang breakfast kat kedai biasa kat luar negara kalau area asean ok lagi. Kalau dekat europe? Haha. Bajet breakfast boleh bayar penginapan hotel di Malaysia semalam.

Makanan yang korang boleh bekal seperti biskut oat tu, coklat bar, untuk alas perut. Selalunya lunch dan dinner je berbaloi nak makan kat restaurant bila time melancong ni. 


Oklah sofar itu sahaja perkongsian saya. Mudahakan kita semua dipermudahkan urusan dimurahkan rezeki untuk melancong ke serata dunia. 







Share this :

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

nice tips. mmg bnyak benda kna consider klau nak melancong especially kpda backpacker.

Jom balas balik blogwalk.

Aril ade entri baru.

https://muhammadshahril97.blogspot.com/2019/01/alhamdulillah-im-back.html

Balas
avatar

best mun dapat melancong tok.. hehe

Balas

Jangan segan-segan comment dibawah

Penulisan markup di komentar