Misi Tahun 2019 Terjah Taipei Taiwan dengan Bajet yang Murah.

11:44:00 PTG






Azam saya tahun ini memang nak melancong jauh-jauh. Tapi, tiada rezeki lagi. Jadi aku nak focus melancong kat dalam Malaysia. Tapi, tak salah jika aku tanam azam nak melancong ke luar negara juga kan. So, aku pilih nak travel ke Taipei. Kenapa Taipei? Entahlah. Aku ni obsessed belajar bahasa mandarin. Bila tengok drama taiwan ni wow, mandarin dia boleh tahan susah nak faham. Lama-lama boleh juga aku cuba faham. Wei aku serious ni pi Taipei Taiwan ni.


Macam biasa sebelum aku nak ke suatu tempat ini. Memang aku buat survey mantap tak nak rugi punya lah wei. Tak nak tertinggal mana-mana tempat menarik. Aku nak travel sebajet bajet yang mungkin.  Aku dengar ada flights to tapei murah murah dekat. Jum usha. Mana-mana yang dari johor or berdekatan area johor boleh gak terbang guna Singapore Airlines. Tahu kan airport singapore gempak macam mana. Menyelam sambil minum air. Pi singapore lepas tu terbang ke Taipei. Wahh

Image result for taipei

Sumber Gambar : Google

Tahu tak, dekat taipei ni ada bangunan macam pucuk rebung tu. Yang antara tertinggi di dunia. Dari tahun 2007 lagi aku amaze dengan bangunan ini. Setiap new year je mesti aku tengok countdown Taipei dekat youtube. Bangunan tu macam nak terbakar dah dorang dok bubuh bunga api. Luar biasa design dia.

Image result for gaung taroko
Gaung Taroko 
Sumber Gambar : Google

Dekat Taipei ni ada satu gaung yang unik iaitu Gaung Taroko yang mengagumkan seluas 120,000 hektar dan menjadi rumah kepada beberapa flora semula jadi paling cantik di negara ini. Dengan tebing setinggi 3,700 m, dinding ngarai marmar, air terjun berbuih, denai pengembara berjalan kaki dan mata air panas, Gaung Taroko menyediakan tempat pelarian semula jadi yang indah daripada kesibukan Taipei. Keajaiban geologi ini boleh dikunjungi dengan menaiki bas dari kota pantai timur Hualien, yang berada dua jam perjalanan menaiki kereta api dari ibu negara.



Banyak lagi tempat best kat Taipei yang ramai orang kita tak tahu. Kat sini ada sebuah muzium istana negara yang wajib terjah. Korang tak minat muzium pun akan fall in love ngan muzium tu. Cuba lah google sikit muzium ini. Oh ya jangan lupa dekat taipei ni ada Zoo Taipei zoo terbesar di asia. Kepada peminat haiwan-haiwan digalakkan pergi ke sini sebab terdapat banyak haiwan disini termasuk haiwan tempatan dan haiwan dari Afrika Australia dan banyak lagi.  Setakat ini pameran paling popular ialah Rumah Panda Gergasi, yang diwujudkan selepas kerajaan China menghadiahkan dua ekor haiwan dilindungi ini kepada zoo sebagai tanda perdamaian kedua-dua negara. P/s dekat Zoo Kuala Lumpur pun China ada bagi kan?  hihi. Tapi nak juga tengok kat Taiwan punya.


Related image
Dihua Street 
Sumber Gambar : Google

Dihua Street di tengah-tengah Taipei adalah tempat yang hebat untuk mendapatkan gambaran Taiwan lama. Mengekalkan antara seni bina purba terbaik di kota ini, Dihua Street membawa korang berjalan ke masa lalu. Pasar Dihua ialah tempat yang menarik untuk mendalami beberapa sejarah dan budaya kota ini. Semasa Tahun Baharu Qamari, jalan ini dihidupkan dengan warna, makanan dan kemeriahan. Bersedialah untuk menjamu selera apabila peniaga dan penjual makanan memberikan sampel percuma produk diorang. Korang juga boleh pergi ke Taman Botani yang cantik. Terletak di kawasan bergaya Taipei, taman ini mempunyai beberapa spesies tumbuhan rimbun, haiwan yang dilindungi seperti burung pucung malam Malaysia dan taman bertema zodiak yang sesuai untuk berehat dan bersantai. Jika taman ini sendiri tidak cukup, Muzium Negara Taiwan, terletak kurang 10 minit dari sini, adalah pilihan yang baik.

Image result for taipei halal

Sumber Gambar : Google 

Taipei ni pon senang nak cari makan sebab salah satu destination orang muslim untuk pergi bercuti. Ada kedai-kedai yang halal banyak di sana so korang tak perlu risau. Sesuai jugak untuk bawak family so korang leh bonding time-time cuti ni kan. Haa lagi satu aku nak ingatkan kat korang nama airport kat taipei ni ialah Taiwan Taoyuan International Airport so korang janganlah salah airport nanti kay. Hahaha. Macam boleh silap airport lak. Tapi takpe, make sure passport korang valid and lets go to Taipei.


So. Ada lagi tambahan tak? Ini hanyalah idea tempat-tempat yang aku nak lawat di Taipei nanti. Takdelah takde idea nak pi mana kan kan kan. So, doakan aku betul-2 diberi rezeki melancong taipei ni. Dapat action sikit dengan mandarin aku yang slang Taipei ni ha. Hehe. Itu saja perkongsian aku untuk kali ini, 



Share this :

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

sejak sejak MiraFilzah dok promote Taiwan.. rasa juga nak kesana.
ada tengok kawan pegi musim bunga. cantiknya =)

Balas

Jangan segan-segan comment dibawah

Penulisan markup di komentar