Percutian Paling Bajet Aku ke Universal Studios Singapore USS RM245! 2019

10:08:00 PTG
Tips Percutian Paling Bajet Aku ke Universal Studios Singapore USS RM245!. Ye percayalah dengan RM245 anda boleh ke universal studio singapore. Ini memang plan last minit aku dengan member-member aku. Member aku ajak memandangkan aku memang selalu ke Singapore. Jadi aku cuba sedaya upayanya untuk pergi secara bajet. Short and sharp. 


Aku pergi ke USS kali ini menggunakan pakej dari tourtravel ini. Agak ok. Tetapi kalau korang nak lebih jimat korang boleh beli sendiri tiket online dekat laman web uss itu sendiri. which is cheaper. Lepas dah ada tiket, korang boleh beli sendiri tiket bas pergi dan balik ke USS kat station bus larkin. So dalam post ini aku akan terangkan pakej travel ini. Most of agen travel ini akan suruh kita berkumpul di Tune Hotel Danga Bay. 


P/s ini cara isi borang pass nak masuk singapore. Aku tak malu dok tak tanya stranger 
camne nak isi borang tu. Lama wei tak pi jadi aku lupa. 

So kalau korang ade transport, korang boleh stay kat hotel yang jauh sikit dari tune hotel danga bay tu. Sebab hotel sekitar danga bay tu mak datuk mahal. Jadi, trivago kan ada. So aku menginap di H Hotel semalam dalam RM70 sahaja. Double bed with private bathroom. 

Asal aku membebel panjang2 ni. Short and sharp. Aku nak explain tour ni Amitravel.my . So aku dah contact agent ni aku nak pergi hari sekian sekian. So, dia tolong aku beli tiket uss dan tiket bas sekali. So bawah ni check list. 

1. Pagi nak ke USS. Touragent ini akan suruh kita berkumpul di perkarangan danga bay. Bas akan gerak pukul 0730H. Siapa lewat tinggal. 
2. Makesure korang ada contact agent travel korang tu. Incase korang nak pass masuk Singapore. Tapi, nanti-nanti driver bus akan bagi sorang-sorang siapa yang tiada. No worry. Hari itu aku cuak gak xde pass putih tu. 
3. Masuk ke Immigration Malaysia, Tips, pilih lane yang tak ramai orang. Kalau boleh masuk lanes for all passport or  lane yang sebelah kiri sekali untuk lalu chop passport tu. 
4. Jangan bawak rokok lebih 19 batang tak silap aku. Jangan bawak chewing gum. 
5. Sama juga di Immigration Singapore, pilih line tepi sekali and line for all passport. 
6. P/s Bas balik pukul 6PTG. So better main puas-puas sebelum pukul 6 petang ok?

Ok itu untuk pegerakan ke Universal Singapore. Sekarang dah sampai ke Universal Singapore. 
1. Makesure korang print tiket yang travel agent korang bagi kat korang tu. Macam kes aku, aku tak print sebab agent bagi last minit. So aku pakai telephone je. Problem terjadi bila pihak USS tak dapat scan Barcord. Tapi nasib baik lah aku masih simpan yang PDF yang clear punya. 
2. Aku tahu, nak masuk USS tu pasti korang nak gambar kat USS globe tu. Untuk kenangan. Better jangan bazirkan masa kat situ . Ambik sikit-2 je gambar. Terus masuk ke USS. Trust me jangan buang masa. 
3. Dah masuk USS. Terus berlari*** ke Jurassic Park Rapid Adventure. (Ambik maps time masuk USS ni untuk tahu location) 
4. Dah lepas main Jurassic Park terus berlari ke game The Mummy (Revenge of The Mummy) 
5. Dah settle terus berlari pergi ke Transformers. 
6 Settle transformer baru pergi ke Roller Coaster Sci Fi City. 



Hari aku pergi tu memang ramai gila orang. Jadi, aku yang selalu pergi USS ni memag berpengalaman lah. Memang aku berlari lari berkejaran je dalam USS tu. Sebab aku nak member aku merasa main semua game dalam USS tu. So, member aku berpuas hati. Tapi paling sedihnya. Aku main game transformers. Masuk pukul 2 petang. Pukul 5 lebih camtu baru dapat ride. Serious lama wei tunggu. 

So ikut tips aku. Time pagi baru sampai tu jangan bazirkan masa main kat globe. Jangan bazirkan masa main game budak-2 kat depan2 tu macam madagaskar, shrek adventure 5d. Unless korang ade bawak-2 kanak-kanak. 



Untuk makan, kali ini aku tahan perut tak makan. Selalunya kalau aku pi aku akan makan. Haha dulu-dulu pergi dengan family. Family belanja. Tapi sekarang pakai duit sendiri. Makan nasi beriyani kat USS je dah 20SGD bersamaan RM50 malaysia gitu. So nak save duit jangan makan. Breakfast siap-siap kat johor. Makan kfc ke. 

So untuk souvenir? Bapak mahal. Jadi aku bagi tips. Kalau korang nak beli souvenir dalam USS tu silakan. 3x souvenir 21SGD. Aku terbeli. Lepas itu aku jalan-jalan kat area GLOBE USS kat luar tu. Ada kedai-kedai kecik tepi tu tak jauh dari tebing laut. Dekat situ serious souvenir Singapore murah. 6x souvenir 4SGD sahaja wei.  Fridge Magnet yang lawa pulak 10SG 4X. Ahhh Gilalah. rasa nyesal pulak beli souvenir dalam USS haha. 

So itulah tips aku. Yang tak berapa nak short and sharp. Sebarang pertanyaan boleh ditanya di ruangan comment. 



Share this :

Previous
Next Post »
2 Komentar
avatar

Teringin nak pergi! I memang jenis kalau pergi anywhere I jenis kejap2 but of course feel the moment even for a very short time but most of my friend suka leka especially when it comes to photos. So this won't applicable for my friends xD

Balas
avatar

Azrreen. You should give it a try. Shortvacay is a really a therapy for our heart.

Balas

Comment Anda ?

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔