3 Tempat Makan Best Di Melaka 2019

10:19:00 PG
3 Tempat Makan Best Di Melaka. Wei banyak mer kedai makan dekat Melaka. Well. Aku tak sempat. So, aku tahu 3 tempat ini sahaja. Tahu tak susah nak cari kedai makan kat sini? Ye lah nak mai sini, mesti lah nak makan benda sedap-sedap. So bawah ini aku share 3 tempat aku dah pergi. Memang sedap. Lepas tu kan, kes dia, aku google tempat best makan, pergi-pergi je penuh, pergi je habis dah. Gila, mental. Dah lah lapar.

So bawah ini 3 tempat yang aku pi memang tak berapa nak ramai orang. Santai-santai ja kita pun tak stress. Contohnya aku dah pi lah ke Roti Canai Arang tu. Ramai dowh orang. Dengan parking nye limited. Dengan service slow. Orang bebaris nye panjang macam apa, orang yang makan duduk lama-lama pulak tu. Erh kenapa aku cakap pasal kedai ni. Ye la, tak dapat makan roti canai arang lah ni. 



1. Warong M.Y Air Leleh
Untuk breakfast boleh pergi dekat sini. Serious tak ramai orang. Aku jumpa kedai ni, time aku on the way ke satu tempat. Tempat ini pun tak jauh dari town/bandar. Yang penting murah wei dan berbaloi. And sedap, lidah aku cakap sedap. Pi lah :D 




2. Asam Pedas Pasar Borong. Asam Pedas Sedap Di Melaka.
Ok aku tahu, dah sampai melaka ini mesti korang macam rugi tak makan asam pedas. Dulu aku tak reti makan ikan pedas, tapi bila tengok member order asam pedas yang berasap asap dalam mangkuk. Bau dia memang menyengat. Aku siap buat second order. padahal dah makan. Ok cut the crap. Kedai asam pedas mana sedap? Aku setiap kali pergi melaka aku suka perkena Asam Pedas di Asam Pedas Pasar Borong. Aku selalu lepas kedai-kedai tepi pagar tu. 

Asam Pedas Sedap



3. Mukmin Ikan Bakar.
So, kalau teringin nak makan seafood. Bolehlah datang ke tempat ini. Banyak lagi kedai-kedai lain. Bagi aku oklah. Eatable. But bit expensive. Makanan laut kan. Mane nye nak murah wei, 

Ok itu saja perkongsian aku untuk kali ini. Next time aku tak pening dah kalau nak naik Melaka. Breakfast sedap aku dah tahu nak pi mana. Tak payah nak stress beratur panjang tunggu makan, tunggu order, tunggu meja. Stress wei, padahal nak pi bercuti. 

Share this :

Latest
Previous
Next Post »
0 Komentar

Comment Anda ?

Penulisan markup di komentar
  • Silakan tinggalkan komentar sesuai topik. Komentar yang menyertakan link aktif, iklan, atau sejenisnya akan dihapus.
  • Untuk menyisipkan kode gunakan <i rel="code"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan kode panjang gunakan <i rel="pre"> kode yang akan disisipkan </i>
  • Untuk menyisipkan quote gunakan <i rel="quote"> catatan anda </i>
  • Untuk menyisipkan gambar gunakan <i rel="image"> URL gambar </i>
  • Untuk menyisipkan video gunakan [iframe] URL embed video [/iframe]
  • Kemudian parse kode tersebut pada kotak di bawah ini
  • © 2015 Simple SEO ✔