Tempat Wajib Pergi Di Melaka
6 Tempat Wajib Pergi Di Melaka 2019
A must visit place in Melaka. Tempat perlu pergi di Melaka. Wahai pembaca blog sekalian. Kali ini aku nak kongsikan kisah aku travel ke Melaka. Pergi saja-saja je bukan nak bercuti sakan pun. Untuk entry ini aku nak share lah tempat-tempat wajib pergi kalau dah sampai melaka. Kalau dah pi kat situ ok kira kita dah capai travelgoal ke Melacca dah. Tempat mana tu?
1. Afamosa
Haha. Maaflah. too common. Kalau nak sampai Melaka. ni lah kena terjah dulu. A Famosa. Dekat sini ada muzium kapal tu jugak just kena jalan sikit. Sok ambik lah gambar-gambar buat kenangan. Nak parking kereta, waze ke Dataran Pahlawan, dan parking kat belakang Shopping Mall Dataran Pahlawan Melaka tu.
2. Pantai Klebang.
Ni pun antara wajib terjah. Waktu malam memang layan. Sebab ada pasar malam dekat sana. Kalau pergi pagi suasana tenang sikit. Sebab tak ramai orang.
3. River Cruise Melaka
Haa. Ini pun wajib jugak. Mesti try sekali. Seumur hidup aku. Aku dah naik 2 kali. Jemu jugak lah second time naik. So harga bayar river cruise Melaka tu berubah ubah dah. Sekarang dah dalam rm27 camtu sekepala.
4. Bangunan Taming Sari
Bangunan yang berputar tu. Kita masuk capsule dia dari bawah. Capsule tu akan berpusing pusing sampai kita naik ke atas. Bangunan ini tak jauh dari Afamosa. Boleh jalan kaki sahaja.
5. Jonker Walk Melaka.
Nak pergi sini, kau boleh waze je ke Cendol Kampung Hulu. Akan bawa kita ke Jonker Walk Melaka. Sambil tu boleh makan Cendol Kampung Hulu yang viral tu.
6. Asam Pedas Pasar Borong.
Aku ada ramai member kat melaka ni. Bila aku mai ke melaka ja. Mana tempat best makan asam pedas? Dorang bawak aku ke Asam Pedas Pasar Borong. So, memang aku berpuas hati makan asam pedas kat sana. Kat pasar borong tu banyak kedai, better ambik yang sebelah kiri.
Itu untuk tempat wajib terjah dah aku share. Good Luck. :D Jika ada tempat best lagi boleh lah share kat ruangan comment.
Catat Ulasan
2 Ulasan
kacak2 tempat tok :)
BalasPadamblm bkesempatan pegi afamosa ya..
BalasPadamJangan segan-segan comment dibawah