Trip ke Bukit Gambang Resort City Kuantan

Tempat best pergi dan lepak hujung minggu di Kuantan. Jom ke Bukit Gambang Resort City Kuantan. Siapa pernah mai ke sini angkat tangan? Baru-baru ini aku diberi rezeki untuk menjejak kaki ke resort ini. Boleh tahan best juga lah duduk dekat resort ini. Selalu nya dalam kepala aku, resort is tepi laut. Tapi untuk resort ini. Tidak sama sekali. Jauh dari laut. Apa yang best dengan resort ini? 


A. Penginapan Yang Best. 
B. Bukit Gambang Waterpark
C. Bukit Gambang Safari Park
D. Active Academy. 

A. Penginapan Yang Best. 
Ok resort ini ada dua tempat penginapan iaitu Arabian and Caribbean Bay Resort. Aku pula stay dekat Arabian Bay Resort sebab Carribean Resort under renovation. Orang kata caribean murah lagi sebab hotel lama sikit dari Arabian. 


Dua-dua hotel ini ada disedikan Swimming Pool untuk berenang. Dan juga tempat makan yang sedap sekali lah wei. Tak yah nak pening-pening makan mana. Ambik je package serta meal. Sedap, beraneka makanan yang ada di coffee hourse resort ini.


B. Bukit Gambang Waterpark. 
Ok, memandangkan setiap resort ada swimming pool. Guess what? Something different about this resort that is, this resort have it own Waterpark. Serious seronok. Masuk free ke? 

Waterpark ini buka: 
Weekend : 10AM 
Weekdays : 11AM


Berapa bayar masuk Bukit Gambang Waterpark Kuantan? (Rate 2019) 
Water Park : Adult RM33  dan Kanak-kanak(child)/ Senior citizen(warga emas) RM23 

Jangan lupa ada combo wei. Kalau package masuk water park dengan safari park 
Adult RM88  dan Kanak-kanak and senior citizen rm58. Better ambik package ini lebih berbaloi. 

Pukul berapa buka Bukit Gambang Waterpark? 

C. Bukit Gambang Safari Park. 
Rugi kalau dah pergi sini tapi tak jejak kaki ke Safari Park ini. Banyak juga lah haiwan haiwan dalam ini. Masuk dalam zoo ini, kita akan masuk dalam sebuah van, dan van tu akan bawa kita bersiar-siar masuk ke taman ada Harimau, Black Panther, dan perlbagai lagi haiwan-haiwan. 



Berapa bayar masuk/tiket masuk Gambang Safari Park? Alamak. Saya lupa pulak bayaran masuk untuk safari ini. Haha. Mungkin boleh ambik package terus seperti harga ini kot:
Jangan lupa ada combo wei. Kalau package masuk water park dengan safari park 
Adult RM88  dan Kanak-kanak and senior citizen rm58. Better ambik package ini lebih berbaloi. 


Operation Hours, Waktu Operasi Safari Park: 
Tuesday Wednesday and Thursday: 1200Tengarahi Hingga 9 Malam 
Friday, Satuday, Sunday, Malaysia Public and School Holiday: 1.00PM to 9PM 

Tutup setiap Isnin kecuali cuti sekolah and public holiday. 



D. Active Academy. 
Untuk tempat ini aku lalu je. Aku tak pergi pun. Apa yang best dekat tempat ini. Bermacam aktiviti boleh dibuat disini. Sesuai untuk family day office buat disini. 

 

Senarai aktiviti yang boleh dibuat disini.
Field Management Games. 
Obstacle Challanges
Telemath Field. 
Day and night jungle tekking. 
Problem Solving Puzzle.
Treasure Hunt/ Explorace. 
Flying Fox. 
Paintball Warzone 
Atv Ride 
Sky Trail 
Camping 
Survival skill . 
Archery. 


Baca juga:

1 Comments

avatar

macam best jee bercuti sini

Balas delete

Jangan segan-segan comment dibawah

Emoticon