5 Cara Mudah Untuk Kurus Berkesan 2020


5 Cara Santai dan Mudah Untuk Kurus dan Kurangkan Berat Badan  Cara yang saya buat ini mungkin boleh membantu mengurangkan berat atau kurus dalam masa seminggu. Semua orang kalau boleh nak berat badan yang maintain. Dan tak perlu bersusah payah nak bersenam. Tak nak bersenam bukan sebab malas tapi tiada masa dan busy dengan kerjaya sendiri.Ye ke? Ke alasan? Aku tahu ramai yang tiada masa untuk exercise. Lagi-lagi mak mak yang lepas balik kerja kena sediakan makan minum anak-anak dan suami. Ok lah di bawah ini aku nak share beberapa tips kurus secara santai.



1. Minumlah Teh Hijau.
Ya aku tahu korang mesti banyak kali dah baca orang suruh minum teh hijau. Berkesan ke kalau minum the hijau tersebut. Amalkan minum the hijau 2 cawan sehari. The hijau ini memang membantu meningkatkan kadar metabolisma badan dan membantu membakar lemak dengan cepat. Bukan lemak je terbakar, kulit pun jadi sihat. 


2. Minum Air Kopi.
Air kopi kosong. Jangan letak gula. Memang mula-mula terasa pahitnya. Lama-lama korang akan terbiasa dengan kepahitan kopi tersebut. Air kopi mengikut kajian yang aku baca dalam laman sesawang memang dapat membantu meningkatkan metabolism badan dan semestinya membantu membakar lemak yang berlebihan. Bukan itu sahaja, orang yang minum kopi kosong sebelum memulakan senaman boleh membakar 2 kali ganda lemak daripada mereka yang tidak meminum kopi. Jadi, minumlah kopi. 

3. Makan Oat.
Tidak disangkal lagi. Oat memang baik untuk kesihatan dan juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Oat kalau boleh dimakan begitu sahaja tanpa ada campuran gula seperti susu, milo, nescafe etc. Aku tahu, tak sedap oat tanpa perasa campuran, tapi nak kurus kan? Berkoban lah sikit. 


4. Say NO to Nasi !!!
And finally, aku tahu, ramai yang cuba nak brainwash nasi tak bersalah nasi tak bersalah. Ye memang nasi tak bersalah. Tapi cuba korang diet nasi seminggu. Jangan makan nasi, confirm berat badan korang cepat turun. Tapi bila diet nasi, jangan pula pelahap benda lain seperti keropok, mee segera etc. 

Bila dah Nampak perubahan badan korang kurus selepas diet nasi. Korang slow-slow lah start makan nasi balik. Tapi control. Segenggam nasi waktu makan tengahari. And say no to nasi untuk makan malam. Jiayo You Can Do It. 

Orang kata, jangan diet nasi, memang lah cepat kurus, nanti dah lepas diet, makan nasi badan cepat je naik. Soalan nya… Kau pelahap nasi tu macam balas dendam kan? Mana tak nya naik berat badan tu. 

5. Elakkan Benda Manis.
Benda manis ni lah yang paling cepat mengepam badan korang macam belon tu. Haa. Elak-elakkan makan atau minum benda manis. Cari satu hari dalam masa seminggu untuk cheat day. Diet benda manis ini, bukan bagus untuk jaga berat badan je, kesihatan pun terjaga juga boleh terhindar dari kencing manis dan juga awet muda. Gula mencepatkan system penuaan. :D 

Ok. Aku rasa itu saja yang aku nak bebelkan dalam post aku kali ini. Santai ke? Memang santai cara kurus ni. Korang tak perlu nak jogging lama-lama. Just perlu jaga permakanan je. Okey :D Good Luck. Bagi aku lah, better jaga permakanan dan diselangi dengan exercise untuk cepat result kurus tu. Jiayo, you can do it.

Baca juga:

0 Comments

Jangan segan-segan comment dibawah

Emoticon