5 Rahsia, Cara dan Teknik Aku Kurus Tahun 2020.

Rahsia, Cara dan Teknik Aku Kurus Tahun 2020. The fastest way to loose weight. My tips and recipe. 

Assalam dan hello hello pembaca blogger ku. Saya Amer salam kenal. Tak lama lagi tahun 2020 akan tiba. Azam tahun baru 2020 semestinya nak lose weight atau nak kurus cepat bukan? Apa kata kita start awal-awal sebelum masuk tahun 2020. 

Tips Kurus Cepat 2020


Aku ni, aku akui semenjak aku dah berusia ni, aku makin susah nak kurangkan berat badan. Dulu waktu study senang je nak lose weight. Tapi bila dah berkerjaya ni, tak terjaga diri sendiri ni. Badan cepat je naik. Kalau dibiarkan boleh menjadi tong gas alaf baru. 

Ok we cut the crap. Straight to the point. Ayat-ayat bunga panjang sangat. Aku nak share cara aku kurus alaf baru. Eleh, tips-2 ni aku dapat dari facebook dan google jugak. Tapi... aku experiment untuk badan aku lah.


1. Beli Timbang Digital. 
Haha. First tips macam pelik. Tapi memang penting. Tolong, kalau korang nak sentiasa bermotivasi, tolong tolong tolong sangat-sangat beli timbang. Tolong jangan beli timbang jarum tu. Sebab, korang macam susah nak nampak jarum tu menunjuk dekat angka mana. 

So, timbang digital ni. Korang naik terus nampak berat korang berapa. Sebelum start diet dan exercise. Contohnya timbang korang 80KG berat. Bila seminggu berlalu. Korang timbang semula, berat korang berkurang dalam 78KG contohnya. Mesti korang rasa motivated kan. 

Tapi cerita aku lain. Aku dah exercise macam nak gila pagi petang dan jaga makan. Kau tahu? Daalam masa seminggu aku kurang dalam 0.6kg je. Demotivated. Tapi... mesti ada sebabnya. 


2. Minum air yang mencukupi. 
Well, semua tahu kalau nak cepat kurus, minum air dengan cukupnya. Ni aku gagal ni. Sebab, aku gagal minum air yang mencukupi. Tapi kepala aku selalu cakap, cukup lah banyak tu air. Jadi tolong minum air, paksa diri anda untuk minum air. Badan perlukan banyak air untuk membakar lemak-lemak jahat dalam badan kita. 

3. Oat dan Telur. 
Yeszaaa. Makanan Wajib untuk diet. Makan oat disebelah pagi breakfast, tengahari dan malam. Selain tu, makan telur wajib selepas habis exercise pagi mahupun petang untuk membantu badan kita membina muscle, otot. Otot ni lah yang membantu badan kita untuk membakar lemak dengan cepat ye kawan-kawan ku semua. 

4. Minum AIR KOPI. 
Yesss. Air kopi sahabatkuu. Tak kisah lah kopi apa yang penting kopi tu kopi kosong tak nak bubuh gula ye. Kalau nak bubuh jugak, alahai. kesian lah ngan badan kita tu nak kurus tapi ambik gula. 

Air Kopi ni aku baca kat google membantu membakar lemak dengan lebih cepat, senang cerita aku cakap, air kopi ni meningkatkan metabolisma badan. 

Oh ya, aku minum air kopi sebelum exercise. Memang peluh rasa lebih banyak daripada biasa. Aku ada baca juga, dengan meminum kopi sebelum bersenam, membantu membakar lemak dua kali ganda. 

5. Senaman GILA. 
Haha. Ok. Kalau senaman kan. Jangan pilih senaman seperti jogging. Lambat wei nak turun. Cari senaman yang lebih kepada CARDIO. Seperti turun naik bangku/kerusi. Buat senaman burpee. Dan paling famous sekali buat plank. 

Tapi untuk exercise burpee memang berkesan , dan ramai yang mengakui keberkesanan senaman ini. Cuba google macam mana exercise burpee ni. 

Ok sudah 5 rahsia yang aku kongsikan. Semangat, semangat. jangan hilang semangat bersenam dan diet tu. Set kan target, nak kurus berapa KG. Untuk masa depan anda semua

You are never to old to reinvent yourself. Cewah. Good Luck. Teh hijau, bagi aku, lambat lah dia punya effect. So aku bertukar kepada air kopi. :D 



Baca juga:

0 Comments

Jangan segan-segan comment dibawah

Emoticon