Menawan Bukit Keluang Besut Terengganu

Keluang Hills Besut Terengganu. Jum tawan Bukit Keluang Besut Terangganu. 

Aku nak share sikit, pengalaman aku panjat bukit keluang ini. Dah lama aku teringin nak pergi bukit ni. Tapi memandangkan tempat ni memang jauh. Aku pulak penduduk bumi selangor, Berasa lah nak sampai ke Terengganu. Semata-mata nak naik bukit ni. 

Gambar Puncak Bukit Keluang

Tapi alhamdullilah. Sampai juga ke bukit ini itu pun sebab ikut trip kerja. Sempat gak singgah. Aku dengar ramai yang cakap bukit ni tinggi makan masa 30 minit lah nak sampai kemuncak. Tapi bagi aku yang kaki hiking ni. ala xde lah tinggi mana. Bawah 15 minit dah sampai kot. 


Sekitar bukit keluang ini, anda boleh bermain air di tepi pantai tak jauh dari bukit keluang ini. Serious beb pantai dia memang cantik gila macam luar negara. To cut it short. View kat puncak dia lawa gila wei macam luar negara. Aku rasa macam nak buat rumah je atas tu. Aku serious macam nak duduk atas tu je. Tenang je pemandangan dia. 


Soalan cepu emas, berapa eh ketinggian Bukit Keluang Besut ini? What is the height of this hill? Tinggi dia dalam 346Meter sahaja. Tak tinggi sangat pun.  Aku suka view puncak bukit ini dengan papan tanda yang ada jarak destinasi dunia seperti bangkok mahupun thailand. Seru bangat sih. 

Pintu Masuk Pertama. Lebih Cepat Sampai Puncak. 
Ada dua pintu masuk perrmulaan pendakian.  Yang pertama dekat aku bergambar ni. Ada mercu tanda bukit keluang. Kalau nak cepat sampai ke atas atau puncak, please naik guna pintu ni. Cepat, dekat tapi curam sikit lah.  Pintu masuk kedua ialah tak jauh dari tangga tu. Aku masuk guna pintu masuk yang ada mercu tanda, and turun bukit/balik guna pintu masuk yang kedua iaitu tak jauh dari laut.  
Puncak Bukit Keluang

Oklah. Aku pergi hari tu pun main terjah je. Preparation? Takde pape kot. Since bukit ni tak tinggi mana. Just kalau nak kencing tu better kencing siap2. Sebab tiada toilet dekat atas tu. Kalau boleh pergi lah awal pagi. Sebab kalau pergi lewat memang ramai orang. Nak bergambar pun susah. 

Tepi Pantai Bukit Keluang. Rugi Tak Bawak Baju Renang. Nak mandi. 

Baca juga:

0 Comments

Jangan segan-segan comment dibawah

Emoticon