Azam azam azam. Dari last year lagi aku pasang azam. Tapi kan, ade je azam aku dalam diam tercapai just aku je lupa aku pernah berazam benda tu. Seperti, kurus, berat badan on point haha. 

So, ini adalah beberapa azam aku untuk tahun 2020. Banyak wei azam, ye la ye la. I will try my best to achieve every azam that I made. Lets cut the crap and kick start my new resolution. P/s; Korang boleh juga guna azam aku ni. 

1. Bangun Awal Setiap Hari. 
Alamak. Benda ni agak sukar ya tuan-2 dan puan-2 untuk manusia kaki tidur seperti aku ini. Tapi, tahun 2020 ni aku akan cuba sedaya upayanya. Untuk bangun ontime. At least pukul 0530AM dah dalam bilik air mandi. Biar fresh. 

Tak kisah lah hari cuti mahupun bekerja. Banyak benefit bangun pagi awal ini. Rezeki senang nak masuk. Waktu sesuai untuk bersenam untuk membakar lemak dan etc. 


2. MENABUNG!!!
Well, last year aku memang ade menabung. Tapi.... Memang bocor gila tabung aku wei. So, tahun ni aku cuba untuk menabung cara regime zionis. Tabung tu aku akan paksakan diri aku, ade tabung setiap bulan aku kena masukkan duit dalam tu ikut angka bulan. Contoh: 

Bulan 1 aku masukkan RM10 dalam tabung tu. 
Bulan 2 aku akan masukkan RM20 dalam tabung tu. 
dan seterusnya begituan donk. Bulan 5 aku masukkan RM50. 

Bak kata orang sukat baju di badan sendiri. kalau mampu buat lebih. Apasalahnya bulan 1 masukkan Rm100. dan seterusnya. huhu. 

Aku kena buat ni. Sebab aku ni boros dalam berbelanja. 

3. Berat Badan 75Kg Kebawah. 
Yes. Aku akui untuk tahun 2019. Berat badan aku turun naik mcm ekonomi pasaran. Untuk tahun 2020 ni aku mesti maintain berat badan bawah 75KG. Or else ade je la, aku pakai baju macam buah nangka dikarung guni. 

4. Melancong Setiap Negeri... ALONE RANGER. SOLO. 
Well, untuk tahun 2019, aku banyak je buat jalan-jalan pusing Malaysia ni, tapi aku tak de masa nak update blog. Doakan aku diberikan kekuatan untuk buat travellog. 

Untuk tahun ini, aku memilih untuk travel solo. Banyak benefit travel solo ini seperti kau tak perlu bertunggu ngan member ko bila dia ada free time dan kau boleh berjalan santai tanpa melayan karenah entah apa-apa member kau. EH? Eh? Haha. 

5. Banyakkan Bersedekah dan Memberi!
Untuk tahun 2019, tipu lah aku kalau aku cakap aku xde bersedekah dan memberi. Tapi aku akui, agak tak meriah lah aku memberi tu. So untuk tahun ini. Insha Allah aku akan rajinkan diri untuk bersedekah. 

Seperti... Belanja member makan, Belanja Kucing makan.. annddddd buat giveaway dalam blog. KOT? 

6. Belajar Banyak benda dan SHARE DI BLOG KAU YANG BERHABUK NI. 
Ok aku marah kat diri sendiri. Aku gagal gagal dan gagal disiplinkan diri untuk update blog. Untuk tahun 2020 aku akan rajinkan diri untuk belajar benda baru dan share apa yang aku belajar di dunia blog ini. 

Benda yang aku nak belajar ialah, buat vlogging, main gitar, main pingpong dan banyak lagi sebenarnya. Tapi aku je lupa. 


Okey. Aku rasa itu sahaja kot azam aku. Tak banyak, buat banyak-2 pun merapu je. haha. Insha Allah. semoag dapat capai azam aku untuk tahun 2020 ni. 

Last but not least, berkenaan dengan blog ini. Rugi je aku sewa domain .com tu. Tapi blog hampeh, berdebu tak update. Kau rase? Pembaziran apa yang aku lakukan ini. 

Komen2 lah azam korang di bawah ok. mana tau aku nak masukkan juga azam tu untuk diri aku.