Tabung RoadTax, Tabung Raya, Tabung Travel. BANYAK NYA TABUNG 2020 AKU!

Tips menabung dengan amerjaya. Menyimpan duit itu memang sukar dan payah. Banyak je alasan. Jadi tahun 2020 ni aku nekad nak disiplinkan diri untuk menabung. Jiayo for myself. 



Assalammualaikum dan salam sejahtera pembaca blogku. Kali ini aku nak kongsikan cerita menabung aku. Untuk tahun 2020 ini aku tak nak buat pembaziran. Beli barang yang tak berfaedah. Kurangkan shopping. Kurangkan melabur duit untuk makeup kereta. Aku kena buat!

So di bawah ini adalah tabung-tabung yang aku buat untuk tahun 2020 ini. Certain tabung aku boleh buka pada masa yang betul. Sebagai contoh, tabung raya itu boleh dibuka seminggu sebelum raya. So, at least adalah duit untuk aku berbelanja dengan mewah bila balik kampung ni. 

Tabung memang lah senang nak buat. Tapi masalahnya, camne nak menabung tu? Tabung ni nak letak berapa RM tabung tu nak letak berapa RM. mmm aku pun dilemma wei. HAHAHAHA.


So this is the rule of thumb dia. Untuk setiap tabung yang aku bina ini. haha. Aku ada undang-undang di sendiri. 

Tabung Travel/Contigency Fund: Tabung travel aku kena masukkan RM20 setiap minggu. 
Tabung Raya: Setiap minggu aku kena letakkan RM30 dalam tabung ini. 
Tabung Insurance/Roadtax kereta: So, tabung ini selalunya dibuka bila roadtax aku nak mati. So, aku simpankan RM10 setiap minggu? Apa macam? Roadtax/insuran kereta aku takdelah mahal sangat. Dalam 1k camtu je. Ye memang mahal, tapi still affordable kalau aku buat saving siap-siap. haha. 


Sebenarnya tabung travel tu, takde motif. aku saja buat. sebab, tahun 2020 ni aku nak travel dalam Malaysia je. Only when aku dah habis pusing satu Malaysia. Barulah aku cuba berjinak ke negara sebelah pula. So tabung travel tu lebih kepada simpanan kecemasan aku. huhu. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. hahahaha
    Hans ada tabung wang kertas RM5, tabung duit syiling 50 sen, tabung duit syiling 20 sen emas.
    dan tahun nih tambah 1 tabung khas.

    BalasPadam

Jangan segan-segan comment dibawah