ASB 5.5% JE? TIPS AKU SURVIVE BAYAR BULANAN ASB. 200K FINANCING LOAN.

TIPS BAYARAN BULANAN ASB 200K AKU!. 5.5% je? Alhamdullilah. Oklah tu daripada tiada. Waktu dividen asb diumumkan di media massa, aku waktu tu tengah melancong di Kuching Sarawak main air di Samariang Waterpark Kuching. Bila on je hp, berderet wei orang mesej aku. Mostly mereka hampa dengan pengumuman dividen tersebut. Aku? Off telephone. Sambung bermain air and permainan air tanpa hiraukan ASB tersebut. 




Bak kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Adat melabur, tak selalu nya untungkan. ada juga rugi. So untuk pelaburan aku tahun 2019 ini agak rugi lah. Sebab aku target dapat bonus asb ini, bolehlah guna 1K untuk renew roadtax or shopping sakan. Tapi? Takde rezeki. Malah aku kena tambah pulak. 



So cerita dia. Aku buat 200K finance loan untuk asb ini. So bayaran bulanan rm1100 macam itu maa. Memang untuk tahun 2019, aku umpama, kais pagi makan pagi....cutttt tak baik membongak. haha. Just perbelanjaan aku terbatas sikit. Tengok member travel and berbelanja sakan. Aku? Kena cut perbelanjaan sebab nak focus dengan bayaran bulanan ASB ini. So? Bagus jugak kan buat personal loan ASB ini. DIA MEMAKSA KITA BUAT SAVINGGGGGGG. haha.




So 2019, berakhirlah sudah zaman membayar ASB bulanan aku. PEPPPPPP. Itu mimpi. 2020 ini aku kena bayar jugak/TAPIIII. Tak sebanyak last year. Kalau last year RM1100 bulanan aku kena bayar. Tapi untuk tahun ini? Jeng Jeng Jeng. 


Dividen 5.5%
200K x 0.055 = RM11,000
RM11,000/12 Bulan = RM916.00

So, korang tengok pengiraan di atas. Bulanan aku hanya boleh bayar 916.00 sahaja. So untuk tahun 2020 ini aku kena topup rm200 untuk bulanan ASB aku. So tak perlulah aku bayar RM1100 bulanan asb tahun ini. Tahun ini aku cuma bayar RM1100-RM916.00 =  RM184

Aku cuma bayar RM184 je bulanan tahun 2020 ini. So baki dari RM1100 tu, aku boleh..... haaa. adalah perancangan aku dengan duit tersebut. Beli emas? :D 

Itu saja perkongsian aku kali ini. Teruskan melabur dalam ASB. Tak rugi u gais.

P/s. Gais, aku ni rajin, aku nekah. setiap bulan aku akan pergi bank dan keluarkan rm916.00 dari asb account aku. Lepas tu aku akan bayarkan ansuran loan aku setiap bulan. So, aku kan buat benda ni sepanjang tahun 2020. huhu. Perlaburan punya pasal.




Catat Ulasan

4 Ulasan

Jangan segan-segan comment dibawah