3 Tips/petua/ Cara Aku Kempiskan/hilangkan Perut. Menjadi! Ada tak yang ada masalah ini. Tak gemuk tapi buncit.  Post aku kali ini aku nak share cara kempiskan atau hilangkan perut buncit untuk lelaki dan perempuan dalam masa yang cepat. 3 hari? Seminggu?  FIrst, kena tahu punca buncit. Apa sebab buncit. Ada banyak sebab. Tapi ini apa yang aku pernah dengar orang cakap. Perut buncit sebab lepas makan terus baring. Iyakan? Dan ada juga orang cakap lepas makan jangan terus minum air, nanti buncit. Iyakan? 

5 Tips/petua/ Cara Aku Kempiskan/hilangkan Perut
5 Tips/petua/ Cara Aku Kempiskan/hilangkan Perut

Ok. Aku tak nak bebel panjang-panjang. Kalau boleh aku nak short and sharp. Berikut merupakan tips atau cara aku hilangkan perut buncit aku.  P/s Minum air 3 ltr sekurang-kurangnya untuk dapatkan result yang gempak lagi. 

1. Minum Teh Hijau.
Terbukti, minum teh hijau boleh mengempiskan perut buncit. Teh hijau kan tingkatkan sistem metasbolisma badan kita. Teh hijau boleh diminum bila2 masa sahaja setiap hari. Orang Jepun ramai mengamalkan minum teh hijau sebab itu antara asbab mereka sihat dan umur panjang. Sebenarnya ada tiga jenis minuman yang aku consume untuk kempiskan perut. Tapi teh hijau paling cepat dan mujarab. Just ambik satu uncang dan rendam dalam air panas. Siap. Boleh rujuk di post saya ini : https://www.amerjaya.com/2018/08/3-minuman-wajib-untuk-kempiskan-perut.html


2. Guna Exercise Paling Cepat Bakar Lemak Di Perut. 
i. Senaman Mountain Climbers 
Senaman ni lebih senang dibuat dari exercise bangkit tubi yang sakit. Mountain climbing ni korang boleh buat dalam masa 50 kiraan. dan kalau dah terbiasa buat boleh buat 100 kiraan. Nak tahu cara buat mountain climbers. Boleh ikut cara-cara di video ini : https://www.youtube.com/watch?v=nmwgirgXLYM

ii. Senaman burpee. 
Senaman ini memang, waktu mula-mula sakit buat. Tapi bila korang dah terbiasa buat, korang buat 50 set utk pagi and 50 set untuk tengahari, memang korang rasa macam biasa je. Tapi, benefit dari exercise ini memang terbaik.  Cara untuk buat burpees boleh rujuk di video youtube ini : https://www.youtube.com/watch?v=Pf7wZvraWV0


3.Jangan Makan Lewat Malam.
Aku tahu waktu malam lah nikmat makan nye tak terkata. Kita ni dah lepas makan terus tidur selalunya. Bahaya-bahaya. So makanan yang kita makan tu, lepas tu kita terus tidur, so makanan tu terus ditukar jadi lemak kerana bandan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. :D. Jadi kalau boleh close your kitchen early. Makan selewat-lewatnya sebelum 7 petang. 

Ok lah itu sahaja 3 tips yang aku nak share tu. Harap korang teruskan motivasi untuk kurus dan dapatkan berat badan yang ideal. Makesure time pakai baju korang nampak segak, takde la airbag terkeluar pulak kan. Good Luck untuk misi kurus anda.