Beli Airfryer Murah Di Lazada atau Di Shopee?. Resepi Dan Tips Masak Menggunakan Airfryer Mudah. Beli Airfryer Murah Di Lazada atau Di Shopee. Perasan tak, sepanjang musim PKP atau perintah kawalan pegerakan ini, banyak orang dah mula berjinak masak menggunakan airfryer. Aku? Aku dah setahun menggunakan airfryer tapi ilmu tak cukup. Aku tak reti nak pakai terus aku simpan dalam stor. Motif utama aku beli Airfryer ini adalah untuk panaskan lauk or makanan yang aku simpan dalam peti ais je. HAHA. 



Ok. Dilema orang sekarang, nak beli airfyer dekat mana murah? Bagi aku, aku survey jugak harga airfryer di lazada mahupun shopee. Dari permehatian aku, aku suka lagi airfryer di lazada. Sebab harga dia lebih murah. Contohnya airfryer brand Russel Taylor 4.8ltr pada harga RM200.00. 

Itu aku beli zaman 2019. Bayangkan sekarang harga airfryer tu rm260.00. Wei dah macam harga emas pulak menaik. 

So, bagi aku. Nak tunggu sale memang lama. Aku tunggu gak sale 4.4.20. Tapi takde pun airfryer yang murah. So, aku lupakan lah niat nak beli airfryer lain. 

Apa yang best dengan airfryer ini? Semestinya korang boleh masak tanpa menggunakan gas dan yang paling penting tak perlu guna minyak pun untuk menggoreng. Sangat ajaib. Makanan yang dibuat dengan airfryer sangat mudah. Nak basuh dia, alahai, tak yah nak sental macam sental kuali. 

So, kepada yang dah beli airfryer tu, bolehlah follow facebook resepi mudah dan tips menggunakan Airfryer 
https://www.facebook.com/groups/resepiairfryer/