Semester 3 Degree Bas UiTM Am228

Semester 3
CTU555 MALAYSIAN HISTORY 2
Yang ini lebih kepada belajar sejarah awal-awal pembetukkan Malaysia. Tapi basic sahaja lah. And tentang perpaduan kaum dalam Malaysia. Dan juga dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan untuk Negara Malaysia ini. Waktu aku dulu tahun 2014, soalan final exam ada soalan objective dan soalan essei.

LAW503 ADVANCED BUSINESS LAW 3
Waktu diploma dulu dah ambik subject ini. Tapi waktu degree kena ambik lagi sebab ada upgrade yang baru dan lebih meluas. Aku tak dapat nak discuss lebih sebab lepas je batch aku dulu, subject ini telah diubah suai. Jadi tak sama apa yang aku belajar dulu.

ELC501 ENGLISH FOR CRITICAL ACADEMIC READING 2
Yang ini subject reading. Kau kena focus membaca dan pandai skimming. Penting juga subject ini nak mengasah korang cara membaca dengan betul dan ambik keyword yang penting sahaja. Jadi tolong score subject ini ya waktu dalam kelas. Sebab final hanya 30% sahaja jika tak silap aku.

ACC516 MANAGEMENT ACCOUNTING 3
Yang ini basic punya accounting. Bagi student diploma account. Dia cakap senang je subject ini. Tapi aku rasa nak nangis je belajar subject ini. Sebab waktu aku dulu 2014 subject ini masih baru. Jadi lecturer tak tahu nak focus mana satu. Sebab nak refer soalan past year pun susah sebab soalan past year ada 1 atau 2 set sahaja. Lecturer aku mengajar macam jet je. Laju sebab nak kejar masa and banyak yang belum dicover.

ENT530 PRINCIPLES OF ENTREPRENEURSHIP 3
Waktu diploma kebanyakkan pelajar pentabiran awam sudah ambik subject ini kan. Jangan risau waktu degree ini tidak ada project gila-gila macam project kita buat waktu diploma dulu. Just lebih kepada belajar sahaja. Jika ada project diberi lecturer pun, dapat dibuat dalam masa seminggu sahaja.

ADM501 ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR 3
Subject ini belajar tentang culture dalam pejabat. Meluas lah subject ini. Aku cadangkan korang faham betul-betul subject ini. Baca dan baca. Kalau tak memang rugi. Sebab aku rasa subject ini memang jantung kepada course ini. Kebanyakkan apa yang kau belajar dalam subject ini dapat di apply dalam subject lain atau memudahkan kau faham subject lain yang kau akan ambik pada semester seterusnya. Trust me. Kalau kau belajar last minute untuk OB ini. Jangan habiskan masa korang belajar menggunakan buku tebal itu, terus focus kepada nota slide diberi lecturer. Buku teks tebal itu bukan dibaca sehari 2 hari sebelum final exam OB. Mustahil. Aku lah budak bengong tu. Haha. Belajar je guna slide. Dan google je apa yang korang tak faham itu. Atau tanya kawan-kawan.

STA404 STATISTICS FOR BUSINESS & SOCIAL SCIENCES 3
Yang ini focus kepada statistic lah ye. Aku dah lupa apa yang aku belajar ini. Statistic ini adalah persiapan untuk korang buat research sem 5  dan sem 6 nanti. Tapi, macam tak je. Aku guna software spss je. Mudah dan laju. Tapi kena mahir juga lah statistic ini untuk membaca result research korang dalam software spss tu. Oh ya ini subject kira-kira ye kawan-kawan.

Elektif Subject(pilih)
Kalau aku, aku pilih ADM510 QUALITY MANAGEMENT. Subject ini just perlu baca je. Senang nak jawab waktu exam. Apa kau perlu buat just baca dan baca dan faham. Kebanyakkan yang ada dalam subject ini sudah dibelajar kau waktu Diploma Pentabiran Dahulu.

Kawan-kawan aku juga banyak pilih ADS402 SOCIAL MARKETING. Apa yang aku tengok, mereka banyak buat event dekat luar. Memang memenatkan. Tapi, aku dengar, dorang cakap final exam boleh common sense atau apply sahaja event yang dorang pernah buat dalam kertas exam itu.

Untuk third languages atau bahasa ketiga:
Aku memang minat mandarin. Mandarin penting bagi aku sebab dapat meluaskan peluang pekerjaan aku. Senang nak bekejar dengan majikan dari bangsa cina. Jadi dengan mengambil subject mandarin aku adalah bukti atau qualification aku pandai bertutur bahasa cina. P/s aku memang pandai cina dari sekolah lagi sebab sekolah aku ramai orang cina. Jadi setiap semester aku dapat A. Jangan risau kalau kau tak ada basic mandarin, ambil je. Sebab dekat UiTM ini, kita hanya belajar basic sahaja. Sama juga dengan Bahasa Arab. Please choose wisely. Kalau kau mandarin sem 3, kau kena ambill mandarin untuk sem 4 dan 5. Ada 3 level.