Assalammualaikum pembaca blog sekalian. Ini cumalah post santai sahaja iaitu Blog Berat Punca Blog Tak Mesra SEO, Income/Pendapatan Adsense berkurang dan Cara Semak/Timbang Kelajuan  Blog (bukan timbang). Aku cuba cari artikle cara timbang blog, tapi applikasi itu sudah tak dapat dipakai. Sebenarnya aku agak sedih dengan blog aku ini, aku rasa macam berat semacam je blog aku ini. Ye lah loading macam lambat je. Ke internet aku problem? Tapi masih tak puas hati, aku pi buang banyak widget yang tak membawa faedah kepada blog aku seperti google follower dan icon-icon comel facebook dan sewaktu dengannya. 


Boleh check kelajuan page blog kita di website dan mobile. Untuk website aku cemerlang. Tapi untuk mobile, tak cemerlang. I need to do something on my blog.

Tahukah anda, blog yang berat akan kehilangan power SEO nya? Rugi kalau blog kehilangan power SEO. Takkan lah kita nak mengharapkan traffic dari facebook mahupun babab sahaja bukan? Aku dulu memang bergantung dengan traffic facebook dan babab sahaja. Jika tiada mereka dua ini, terus pageviews aku menurun sampai below 1,000. Tapi sekarang alhamdullilah selepas aku bergiat active dalam bidang SEO. Blog aku dapat maintain pageviews yang memberangsangkan setiap hari. Tapi masih juga tak capai goal pageviews aku untuk bulan ini iaitu Pageviews 200,000 ribu (total untuk bulan 2). Sebab awal bulan dua aku berniat nak pasang iklan Innity dalam blog. Tapi apa kan daya. Hanya mampu berhuhu sahaja. Mood nak berblog tiba-tiba swinggggg dah berlari-lari berciciran sana-sini. 

Ada blog, suka letak widget macam-macam dalam blog. Mungkin dia pengguna Unifi. Dia tak tahu, ada rakan blogger yang lain masih menggunakan broadband mahupun streamyx ala kadar itu. Bukan rakan blogger je, kebanyakkan orang awam dari google juga internet tak berapa laju. Lebih eloklah kalau pasang widget yang penting sahaja dalam blog. Tapi tak mengapa, itu blog anda. Cuma ingin nasihatkan aje. Ada blog tu, siap pasang lagu lagi dengan autoplay dia. Huhu best, rasa dengar radio dalam kereta. 

Jadi aku dah test speed blog aku. Agak berat. dan kerja membuang gadget tak penting perlu dilaksanakan.

Jadi jika anda nak test speed blog (timbang blog), actually speed blog, boleh terjah laman web ini :  https://developers.google.com/speed/pagespeed/insights/ . Aku juga ada check blog-blog famous yang lain. Ada yang berat, ada yang sedang-sedang. Terfikir pulak, kalaulah blog mereka ni tak berat, mesti makin menaik pageviews blog dan income blog dia. 

Harap post saya ini bermanfaat.